Di kalangan warga selatan atau Johor, sup tulang merah ni memang cukup popular. Dihirup begitu sahaja atau makan dengan nasi dan roti, perrghh past ilicin pingan. Menurut empunya resipi Lailawati Ahmad sup ni main campak aje, InsyaAllah menjadi. Senang la kot membuatnya.
Kata empunya resepi sup tulang merah atau Bonesteak main campak taruk je ok. Nak tahu jadi ke tidak kenalah cuba kan..
SUP TULANG MERAH
Ads
BAHAN-BAHAN : • 6 kg tulang kaki kambing
Bahan-bahan rempah:
• 2 cawan sos cili
• 1 1/2 cawan sos tomato
• 1 cawan tomato puri
• 4 cawan lada kering blend (nak lebih pun ikut suka)
• Bawang merah 1 cawan setengah (bersihkan)
• Bawang besar 2 hingga 3 biji (bersihkan)
• Bawang besar dan bawang merah bersihkan | kisar
• Halia besar ibu jari kaki, | belah dua ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK :
1. Basuh bersih tulang-tulang lepas tu masukkan dalam periuk yang sesuai.
2. Masukkan bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
3. Bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.
4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.
5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut.
Ads
6. Setiap 10-15 minit kacau-kacau sup tu, bila daging yang ada dekat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
7. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit dan masaklah sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.
. Resepi: Lailawati Ahmad FB : Petua & Resepi CitarasaKu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam percik memang disukai oleh ramai orang yang gemarkan sesuatu menu berasaskan ayam. Rasanya lemak-lemak kerana menggunakan santan. Kalau suka pedas, boleh letak banyak cili padi. Sedap dimakan dengan ketupat ataupun nasi impit.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 helai daun pandan (simpul)
1 helai daun kunyit (racik halus)
10 batang serai (diketuk)
1 ekor ayam (dibelah dua)
1 liter santan (diperah daripada 1 biji kelapa parut yang dicampur dengan 1 liter air)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN PES REMPAH
3 biji cili merah (buang biji)
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
CARA MEMBUAT
1. Satukan bahan pes rempah. Kisar halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis pes rempah. Masukkan daun pandan, daun kunyit dan serai. Tumis lagi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan, garam dan gula. Kacau rata dan tutup periuk. Biarkan mendidih sehingga santan pekat.
5. Keluarkan ayam. Susun atas dulang. Bakar dalam oven.
6. Keluarkan sekejap, letakkan sos pes rempah ke atas ayam dan bakar lagi.
7. Alih ayam ke dalam pinggan dan sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak taucu memang enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain dah. Taucu ni sedap kalau dimasak guna ikan yang isi lembut seperti kembung, kerisi, tenggiri dan bawal. Nak buatnya pun senang je. Jom cuba!
IKAN BAWAL TUMIS TAUCU
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dalam dunia yang semakin sibuk, kita sering mencari sesuatu yang mudah, cepat dan paling penting sihat untuk memulakan hari. Setiap hidangan pagi bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga perlu memberi tenaga, mood dan semangat baru untuk sepanjang hari. Dan kalau ada satu menu yang berjaya mencuri hati ramai peminat gaya hidup sihat, jawapannya ialah Smoothie Bowl.
Smoothie Bowl bukan sekadar cantik untuk dipandang. Ia penuh dengan nutrisi penting: vitamin, mineral, antioksidan, serat, serta tenaga semula jadi daripada buah-buahan segar. Teksturnya yang pekat dan creamy menjadikan ia lebih memuaskan berbanding jus biasa.
‘Ia membenarkan kita ‘berkarya’ dengan kreativiti sendiri boleh pilih topping, boleh olah warna, boleh eksperimentasi rasa. Setiap mangkuk yang dihasilkan menjadi refleksi mood dan gaya kita pada hari tersebut.
Resipi ini menggunakan kombinasi buah-buahan yang bukan sahaja sedap tetapi juga nutrient-dense. Pisang sebagai asas memberikan kemanisan semula jadi dan membantu tekstur jadi lebih likat. Strawberi, blueberi dan buah naga pula menambah warna yang cantik serta membekalkan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Yogurt asli menjadikan smoothie lebih creamy sambil memberi manfaat probiotik untuk kesihatan usus. Chia seed memberi tambahan serat dan Omega-3, manakala madu pula menambah sentuhan manis yang lembut, cukup sekadar menaikkan rasa tanpa menjejaskan aspek kesihatan. Dan akhirnya, taburan granola di atas bukan sekadar penambah tekstur, tetapi juga sumber tenaga yang membuatkan anda kenyang lebih lama.
Tetapi yang paling membuat ramai jatuh cinta dengan menu ini ialah kepuasan setiap suapan segar, sejuk dan menaikkan mood. Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang sedang mengawal berat badan kerana ia rendah kalori tetapi tinggi nutrisi dan serat. Pada masa yang sama, ia tetap sesuai untuk mereka yang ingin menambah berat secara sihat kerana kandungan buah-buahan dan granola dapat membantu menambah kalori berkualiti.
Bayangkan: anda bangun pagi, cuaca agak panas, tubuh terasa perlahan, dan anda perlukan sesuatu yang boleh ‘boost’ tenaga. Inilah jawapannya. Dengan hanya beberapa minit di dapur, anda boleh menikmati semangkuk sarapan yang bukan sahaja sedap tetapi terasa mewah walaupun hanya menggunakan bahan asas yang ada dalam peti ais.
Smoothie Bowl juga digemari oleh semua peringkat umur. Kanak-kanak sukakannya kerana warnanya ceria dan rasanya manis semula jadi. Orang dewasa pula menyukainya kerana ia cepat disediakan dan memberi tenaga. Malah, bagi yang menjaga kecantikan kulit, smoothie seperti ini menjadi pilihan kerana ia membantu hidrasi kulit, tinggi antioksidan dan menyokong pencernaan. Bila usus sihat, kulit pun lebih berseri.
Resipi seperti ini bukan sekadar trend sementara. Ia adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat yang membantu meningkatkan cara kita melihat makanan. Kita tidak lagi makan sekadar untuk kenyang, tetapi makan untuk hidup dengan lebih sihat, bertenaga dan gembira.
Smoothie Bowl bukan sahaja sarapan yang ringkas, tetapi juga satu cara memanjakan tubuh dengan nutrisi lengkap setiap pagi. Ia mudah disediakan, sesuai untuk gaya hidup sibuk, dan memberi manfaat jangka panjang kepada kesihatan tubuh serta kecergasan minda. Dengan gabungan buah-buahan segar, yogurt, chia seed dan granola, hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan sambil menjaga pencernaan dan kecantikan kulit.
Jika anda sedang mencari sarapan yang sedap, sihat dan menyegarkan — inilah pilihan yang sangat berbaloi untuk dijadikan rutin harian. Selamat mencuba dan semoga hari anda bermula dengan penuh tenaga!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.