Selain dimasak ala barat, makaroni juga sangat sedap diolah dengan menu selera tempatan seperti sup, bingka dan lain-lain. Sesuai dengan bulan Ramadan ini, apa kata korang cuba resipi yang RASA sharekan ni, Sup Makaroni Daging, menu yang cukup nutrisi sihat untuk sahur. Gerenti berselera dihidangkan panas-panas.
SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni | rebus dan tos
200gm daging | rebus dan simpan airnya
1/2 batang seleri
3-4 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan daun bawang dan daun ketumbar/sup
1 batang serai | titik
Rempah Penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis BAHAN Kisar:
2cm halia
5 ulas bawang merah
4 ulas bawag putih
Ads
Ads
Ads
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging.
5. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
6. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
7. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan perahkan jus limau.
8. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk.
9. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi.
10. Kemudian tabur hirisan daun bawang dandaun ketumbar/sup di atasnya.
11. Sup makaroni sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tengok je menu yang dihidangkan oleh Datin Datin Nurulhuda Yaacob, dah terasa kesedapannya, apa lagi selepas mencuba. Memang terbaik, patutlah jadi tauke katering besar,Nirwana Caterer & Deco . Bagusnya Datin tidak kedekut berkongsi resipi sekali. Minta resipi udang bagi sambal sotong sekali, kalau anda semua nak cuba boleh cuba ye… memang sedap lima bintang ni…
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
12 biji cili hijau
5 biji cili padi |jika ingin pedas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan asam gelugor, udang, kacang pis, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
3 biji bawang besar |dihiris
4 ulas bawang putih |dihiris
4 sudu makan pes cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Penambahan petai menaikkan lagi aroma dan rasa dalam masakan.
BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu | potong dadu dan goreng
15 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
1 papan petai | ambil isi
1 cawan santan
Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 biji cili kering
4 biji buah keras
2.5cm halia
2.5cm lengkuas
2 batang serai
3 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Goreng tauhu separuh masah dan rebus telur puyuh. Ketepikan.
Tumis bahan kisar hingga terbit wangi. Masukkan tauhu goreng, telur puyuh yang direbus dan petai. Gaul seketika dan masukkan santan. Masak hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Paha dan drummet adalah dua bahagian ayam yang sedikit berotot tetapi sangat sedap terutamanya bagi yang kurang gemar makan isi ayam. Biasanya budak-budaklah yang suka sangat ayam ‘part’ ni. Di pasaraya, kadang-kadang ada juga yang juga bahagian-bahagian ni sahaja. Harganya pun murah. Jika anda biasa goreng je, apa kata kali ni cuba masak guna resipi di bawah ni. Pasti naik selera!
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
3. Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
4. Taburkan di atas ayam goreng.
5. Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan 10gm bawang putih | dikisar Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
4. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
5. Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
6. Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2 sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
5. Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
6. Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
7. Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
8. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
1 biji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas berisu drumstick.
2. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
4. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
2. Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon.
3. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
4. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
5. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!