Terkenal dengan lakonan macho dan aksi, Dato’ Aaron Aziz seakan lama menyepi dari persada seni. Beliau lebih senang mempertahankan jenamanya dan sibuk dengan agenda harian. Terkini beraksi dalam drama bersiri Jodoh-Jodoh Annisa. Turut menyerikan program Rasa Nostalgia Ramadan, Dato’Chef Wan telah mengundang beliau untuk program tersebut.
Sempat juga Chef Wan bergurau dengan Aaron sewaktu sesi temubual bersama. Tidaklah serius seperti yang disangka. Berbual dengan selebriti ini ada juga kenakalan yang dilakukan ketika waktu Ramadan. “Saya masih ingat masa puasa zaman sekolah dulu , makcik kantin dikira subahat beritahu mereka yang tidak puasa boleh makan ayam rendam dengan sambal,” cerita Aaron ketawa.
Kalau di rumah emak pasti ada rendang yang memang tiada tandingan sedapnya , serunding dan lontong. Akui Aaron bila sudah berkahwin, di bulan Ramadan dia tidak cerewet. “Apa isteri masak atau beli, saya makan. Ketika berbuka saya sukakan sesuatu yang light, kurma dan teh tarik wajib ada. Biasanya semasa berbuka memang tidak boleh makan banyak. Selepas terawih, barulah selera itu datang semula.
Aaron juga menggemari Sup Ekor. Chef Wan berkongsi dengan resipi sup ekor istimewanya, olahan sup yang pekat, berempah dan menyelerakan. Ia enak dimakan bersama nasi putih atau roti dan sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa.
Bubur Pulut Hitam menjadi kesukaan Aaron. Sesuailah sangat dihidangkan masa berbuka nanti. Sebenarnya, mudah saja nak buat bubur pulut hitam ini, bahan asas yangperlu ada adalah santan yang menjadi penyedap untuk bubur ini. Bubur pulut hitam lazimnya disajikan panas dengan santan dituang pada bahagian atasnya.
DATO’ AARON AZIZ
SUP EKOR
BAHAN-BAHAN:
500gm ekor lembu | potong ikut saiz mudah makan
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
Ads
1 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan pes tomato
1.5 liter air
1 batang lobak merah | dikupas dan potong dadu
1 biji kentang | dikupas dan potong dadu
2 batang seleri | dipotong dadu
Daun ketumbar | dicincang
Bawang Holland
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Minyak sapi
3 cawan air masak
Kacang tanah
Lada putih
Sedikti hirisan daun bawang
Bawang goreng
Rempah ratus:
1cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Bahan kisar ( pes)
10 biji bawang merah | dikupas
4 ulas bawang putih | dikupas
2 batang serai, dihiris halus
1cm halia | dikupas
Bahan Pes Rempah:
Ads
10 biji bawang merah | kupas kulit
4 ulas bawang putih | kupas kulit
2 batang serai | hiris nipis
1sm halia | kupas kulit
Bahan untuk menyalut ekor lembu:
Lada hitam
Sedikit garam
Sedikit tepung
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan sedikit minyak sapi ke dalam periuk.
2.Masukkan ekor-ekor lembu yang sudah disalut dengan tepung dan goreng.
Dalam periuk yang sama, masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Goreng seketika.
Masukkan bawang Holland, bawang merah dan bahan kisaran . Tumis hingga naik bau.Boleh tambahkan minyak masak jika perlu.
Masukkan daun ketumbar, jintan kasar, jintan halus dan goreng untuk seketika.
Kemudian masukkan sedikit kacang tanah, lada putih dan air masak.
Daun seleri yang telah dihiris, lobak merah dan kentang yang sudah dipotong boleh dimasukkan dan gaul untuk seketika.
Masukkan 2 sudu besar pes tomato, bawang goreng, daun ketumbar dan daun bawang yang telah dihiris.
9.Biarkan mendidih selama 1 jam 30 minit dan tambahkan air masak dari semasa ke semasa.
Ads
Selesai mendidih dan daging menjadi empuk, boleh padamkan api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan pulut hitam
6 cawan air | untuk merebus pulut
1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat)
2 helai daun pandan | carik dan simpul
3/4 cawan gula pasir
1/2 ketul gula melaka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut dua hingga tiga jam.
Masukkan pulut yang sudah direbus ke dalam periuk dan masukkan santan pekat.
3.Masukkan gula melaka dan sedikit gula pasir secukupnya.
Masukkan daun pandan dan sedikit garam
Gaul seketika dan boleh dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Suka mengunyah snek? Resipi kudapan ala muruku menggunakan mi kuning perkongsian Farhan Fakhri Faris Taufiq ini antara yang mudah dah boleh dicuba. Istimewa kudapan ini menggunakan mi kuning dan tepung gorengan segera sahaja. Hasilnya nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan dan cara penghasilannya. Selamat mencuba.
RESIPI ‘MURUKU’ MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
Tepung gorengan serbaguna
Daun kari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Bilas mi kuning sekadar basah. Toskan sekejap. 2. Gaulkan mi tadi dengan tepung gorengan serbaguna. Gaul rata hingga semua bahagian mi bersalut sempurna.
3. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yag banyak dan goreng mi tadi. 4. Bila mi nampak kuning keemasan, masukkan daun kari dan terus angkat dari kuali. 5. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Jangan goreng lama nanti hasil gorengan tidak cantik.
Ni dia resipi tauhu berlauk paling sedap tau. Dikukus dahulu baru dicelop telur dan digoreng. Memang padulah rasanya. Korang boleh frozenkan kalau tak nak goreng sekarang.
Boleh jadi bekal anak ke sekolah, kalau korang nak bawa bekal ke pejabat pun okay ni. Terima kasih Norishah Nordin atas perkongsian resipi ni.
TAUHU BERLAUK SEDAP
BAHAN-BAHAN :
Tauhu – 4 keping
Tauhu Telur – 2 keping
Daging Kisar – (goreng tanpa minyak. Tak goreng dulu pun takpe)
Telur – 2 biji
Carrot – hiris halus
Daun sup – hiris halus
Daun bawang – hiris halus
Cili merah – hiris halus
Serbuk Lada sulah
Serbuk Lada hitam
Garam
Serbuk perasa
Kisar semua bahan dibawah:
Tauhu
Tauhu Jepun
Telur
CARA MEMASAK :
Satukan kesemua bahan kisar dengan daun sup, daun bawang, carrot, cili merah yg telah dihiris halus, gaulkan kesemuanya.
Sedapnya Roti Paung Terengganu ni. Dapat pula makan panas-panas bersama secawan teh atau kopi panas, nikmat tak terkata. Ada yang nak cuba buat Roti Paung ni? Saudari Ariana Sofia Ahmad ada kongsikan cara-caranya. Uli pun guna tangan je namun hasilnya lembut dan sedap dimakan. Memang puas hati.
1. Masukkan air ke dalam bekas. Kemudian masukkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau sampai sebati.
2. Rehatkan sampai yis berbuih macam ni. Balut bekas dengan plastik.
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung, pelembut roti dan mentega. Kacau bagi sebati. Nak gaul guna tangan pun boleh.
4. Bila sudah sebati, masukkan telur dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan pula yis yang sudah kembang tadi. Adun lagi hingga sebati.
6. Adun sampai jadi macam ni. Doh memang lembik.
7. Ambik doh dan letak atas papan untuk menguli. Tabur sedikit tepung anggaran 1 sudu makan.
8. Uli doh sampai jadi lembut dan doh tidak melekat di tangan.
9. Letak doh dalam bekas yang telah disapu minyak. Balut bekas dengan plastik dan tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda.
10. Rupa doh yang sudah kembang. Tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
11. Ambik sedikit doh, genggam dengan tangan bagi membentuk doh yang bulat.
12. Susun jarak antara doh. Nanti doh akan mengembang. Balut loyang.
13. Biarkan dalam 1/2 jam supaya doh kembang sempurna.
14. Rupa doh yang telah naik gebu.
15. Ambil kuning telur dan sapu atas roti. Kemudian bakar dengan suhu 170°c selama 15 minit. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
16. Bila sudah masak, sapu sedikit mentega di atas roti.
17. Roti Paung Terengganu sedia dihidang bersama Teh O atau Kopi panas. Selamat mencuba!