Sup Daging Padu, Pekat Elok Kuahnya

Share

Sup daging ini memang padu dan pekat elok kuahnya. Bagi peminat sup daging, dapat makan sup panas-panas dengan nasi putih pun dah cukup nikmat.

Tambah pula digandingkan dengan sambal kicap atau sambal belacan. Peh! Hirup macam tu je pun sedap.

Jom cuba resipi sup daging padu daripada puan Aisyah Humaira ini. Bagi yang tak makan daging, boleh tukar kepada ayam. Tak ada masalah.

Sup Daging Padu

Bahan-bahan:

1 kg daging dicuci bersih dan hiris mengikut saiz disukai

3 sudu besar penuh rempah sup Adabi

4 tangkai daun sup (dihiris)

1 biji buah tomato (dipotong 6)

6 biji cili padi – boleh beli online di sini

Air secukupnya mengikut pekat atau cair kuah yang disukai

Garam, gula, serbuk perasa secukupnya

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan kisar / boleh juga dihiris:

2 labu bawang besar

1-2 inci halia – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

Cara Memasak Sup Daging Padu:

Mula-mula, rebus dahulu daging sekejap. Sekadar keluar air daging dan lemak-lemaknya lalu angkat dan tapis buang air rebusannya.

Hanya tinggalkan sedikit saja airnya. Atau boleh terus masak tanpa rebus dahulu. Terpulang cara masing-masing.

Kemudian, Masukkan sedikit minyak dan tumis rempah 4 sekawan beberapa saat hingga terbit bau.

Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak atau garing.

Setelah bahan perang,masukkan rempah sup dan tumis 1 minit atau hingga terbit bau lalu masukkan daging,air mengikut banyak kuah yang disukai, garam,gula dan serbuk perasa lalu masaklah hingga daging lembut.

Setelah siap boleh lah masukkan daun sup dan cili padi.

Sedia untuk dihidang.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN