Sukatan Masak Kari Ikan Gunakan Santan Untuk Famili Kecil

Share

Bahan rempah kari ikan untuk masak kuah kari penting untuk dapat rasa kari yang betul-betul padu. Nampak mudah tapi jika terkurang rempah, terkurang rasa masam, atau lemak santan masak kari ikan boleh rasa tidak sedap.

KARI IKAN SANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan (ikan merah, ikan jenahak atau terpulang ikan pilihan anda)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak
  • 2 labu bawang besar (1 dimayang, 1 dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (2 dimayang , 2 dikisar)
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 250gm santan pekat
  • 1 batang serai
  • Asam jawa secukup rasa (agak-gak sebesar bola ping pong)
  • Serbuk Perasa
  • 3 biji tomato (1 dikisar bersama bawang, 2 dipotong 4)
  • Sayuran (pilihan contoh tomato, bendi dan terung)

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan yg dimayang , masukkan halba campur dan daun kari
  2. Masukkan rempah kari, 1 cwn air dan bahan yg diblend,
  3. Kecilkan api, biar rempah tadi sedikit kering dan pecah minyak
  4. Masukan santan dan air asam jawa, ikan dan perasa,
  5. Ikut kepekatan yang disukai
  6. Masukkan sayuran

KREDIT RESIPI:Normah Bahari

 

Anda pasti sukakan resipi ini:

1. Senang Rupanya Buat Sendiri Rempah Kari Ikan

IKLAN