Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BEEF EGG MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
Tauhu Jepun homemade ini bukan saja gebu, malah sedap dan lembut. Siapa yang minat tauhu ini? Ada juga yang panggil tauhu telur.
Ia sedap digoreng dan dimasukkan bersama sayur lain. Kalau masukkan ke dalam sup pun sedap. Selain itu, kalau goreng macam tu je pun dah sedap. Cicah sos. Pernah cuba?
Resipi ini cukup mudah. Cuma guna 3 bahan sahaja. Nak tahu macam mana caranya? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nooramin Munirah Asgnari ini.
Jika ke kedai makan atau restoran, menu SupTauhuTelur berkuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni.
RESIPI SUP TAUHU TELUR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak lalu goreng tauhu telur yang telah dipotong-dipotong.
2. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
3. Keluarkan sedikit lebihan minyak lalu dimasukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi seketika.
5. Tuang secawan air atau ikut banyak mana kuah yang dikehendaki.
6. Perasaka dengan garam serta Cukup Rasa dengan secukupnya
7. Masukkan sedikit stok ayam. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan sayuran pilihan. Renihkan seketika.
9. Masukkan pula tauhu yang telah digoreng tadi. Bila kuah agak mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau-kacau agar tepung tidak berbintil.
10. Bila sup mula memekat, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Tuang secara lingkaran.
11. Renihkan seketika. Tabur sedikit daun sup untuk membangkitkan aroma.
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.