Suka Makan Telur Bungkus Tapi Kalau Buat Sendiri Asyik Gagal? Cuba Resipi Ni Pasti Menjadi.

Share

Telur Bungkus tidaklah sangat susah untuk membuatnya. Intinya boleh dipelbagaikan namun bancuhan  telur serta  teknik untuk mendadar  yang tidak tepat kadang-kadang membuatkan telur bungkus kita tidak menjadi. Bagi yang nak cuba buat telur dadar hari ini, anda boleh cuba resipi di bawah.

BAHAN INTI:

  • Bawang putih  | dihiris@ditumbuk
  • Bawang ros ( merah kecil) | dihiris@ditumbuk
  • Bawang besar | dihiris
  • Cili merah  | dihiris
  • Cili hijau  | dihiris
  • Isi ayam | dihiris kecil
  • Sos Tomato
  • Sos tiram
  • Sos thai
  • Sedikit air
  • Sayur campur
  • Sedikit cili kisar
  • Garam secukup rasa

* Jumlah bahan diatas ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.

BAHAN TELUR DADAR:

  • 6 biji telur
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur dan pukul. Masukkan daun sup dan garam secukupnya. Ketepikan.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah hingga garing.

3.Kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.

4.Masukkan sedikit air dan isi ayam. Masak hingga empuk.

5.Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan yang lain. Masak hingga pekat. Angkat.

6.Untuk menyediakan telur, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan.

7.Goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Padamkan api.

8.Bagi membungkus telur dadar, boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.

 

1. Dadarkan telur

 

2. Letakkan inti dengan secukupnya

 

3. Lipat telur pada bahagian sisi

 

4. Lipat pula bahagian bawah hingga membentuk empat segi.

 

5. Padamkan api dan letakkan pinggan. Telangkupkan.

 

6. Hasil telur dadar yang dimasak tadi.

 

7. Tuangkan sos jika suka. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Linda Ali

IKLAN