Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Anggur
2 sudu teh garam halus
2 sudu teh baking soda
CARA-CARA:
1. Tanggalkan buah anggur dari tangkai dan masukkan buah ke dalam bekas yang bersesuaian. Basuh buah dengan melalukan air dan tapis.
Ads
2. Taburkan garam dan baking soda hingga rata.
Ads
3. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan lilim.
Ads
4. Bilas buah anggur anda dengan air bersih sehingga hilang kesan garam dan baking soda. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.
sumber: naturesnurtureblog.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayangnya, pasta yang korang masak untuk hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
Renjis Air Atas Pasta:
Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Panaskan Guna Api Sederhana:
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Tambahkan Sedikit Sos:
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pemilik bakeri Adriana Cakes House ini mempunyai bakat luar biasa. Dia belajar membuat kek,bakeri dan pastri dengan merujuk kepada buku dan mempelajarinya melalui online untuk menghasilkan kek yang cantik dan enak.
Norhayati Ahmad, 37 tahun, memang minat bidang yang memerlukan sentuhan seni. Inilah sebabnya mengapa dia memilih pembuatan bakeri dan pastri sebagai pilihan kerjayanya kini.
Diam tak diam Adriana Cake House sudah beroperasi selama empat tahun. Kedai bakeri ini terletak betul-betul di kediamannya di Meru, Klang, Selangor. Bagi Norhayati berniaga sendiri menyebabkan ia mempunyai lebih masa untuk bersama-sama anak-anak. Malah nama kedainya Adriana mengambil awalan nama ketiga-tiga putri kesayangannya.
Perniagaannya sebenarnya sudah bermula sejak 2017 dengan berniaga dari rumah sebelum membuka kedai bakeri pada 2017. Di samping dia turut kelas mengajar baking dan juga menyewakan tempat untuk kelas masakan kek dan biskut. Adriana Cakes House turut menjual di kedai dan menerima tempahan online di alamat FB: adriana cakes and cookies.
Di antara produk yang dihasilkan sendiri oleh Norhayati bersama dua pekerjanya adalah kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. Manakalah produk top sales adalah cream puffnya yang gebu, lembut dan berkrim enak.Dalam sehari dia dapat menjual 20 kotak yang berharga RM10 sekotak dan RM16.50 untuk kotak yang besar.
Dia juga turut menerima tempahan kek ‘custom made’ mengikut citarasa yang dikehendaki pelanggan.Prinsipnya mudah dalam menyediakan sesuatu kek atau produk biskut dan pastri yang lain dia amat mementingkan keenakan rasa agar pelanggan berpuas hati dan seterusnya berulang membeli dan seterus menjadi pelanggan tetap.
Latar belakang akademik Norhayati dalam pengajian perniagaan dan pengurusan runcit banyak membantunya dalam selok belok memajukan lagi Adriana Cakes House. Impian Norhayati adalah mengembangkan ilmu perniagaan dengan membantu keluarga dan memberi latihan kepada saudara-mara agar mereka juga dapat membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke kampung.
Norhayati sudi berkongsi resipi kek lobak merah dengan badam yang cukup “legend’.
KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
Bahan krim keju :
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK : Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju : 1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang. 3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg) Waktu memasak: 40 – 50 minit Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
Lokasi: Lot 2035, Bt 7 1/2, Jalan Jambu, Meru, Kapar, Selangor
Pemilik : Norhayati Ahmad
Waktu urusniaga : Isnin hingga Sabtu, 10 pagi – 6.30 petang
Keistimewaan : 1. Menerima tempahan kek di kedai dan juga secara online FB 2. Menawarkan aneka jenis kek dan produk bakeri dan pastri dengan harga berpatutuan.Juga membuat custom made mengikut corak dan bentuk mengikut citarasa pelanggan. 3. Dekorasi kek yang berseni dan cantik. 4. Menawarkan kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. 5. Produk cream puff adalah antara jualan terlaris
ANDA INGIN MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK LOBAK MERAK. JOM LAYARINYA DI SINI.
Memasuki usia 30-an, wajah seorang wanita akan mula memperlihatkan tanda-tanda penuaan, dimana mula kelihatan garis-garis kedutan di bahagian mata dan juga bibir. Sebahagian wanita pula mungkin lebih jelas bila pipi yang dulu tegang kelihatan kendur atau jatuh.
Oleh itu pastikan sebaik saja usia mencecah 30 tahun, anda mengamalkan enam makanan berikut yang terdiri daripada sayur dan buah-buahan. Khasiat dalam makanan ini membantu menegang dan menganjalkan kulit wajah sekali gus membuatkan anda kelihatan kekal muda ibarat tak dimamah dek usia.
Delima
Kulit dapat mengekalkan keanjalannya jika kolagen di dalam tubuh diproses dengan baik. Buah delima kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan seterusnya menghalang kehadiran garis halus, kedutan dan kekeringan kulit.
Tembikai
Tembikai mengandungi air yang membantu menjadikan kulit lebih elastik. Paling penting buah ini mengandungi lycopene yang memberi warna merah pada tembikai. Bahan ini bertindak sebagai antioksidan mencegah kerosakan kulit akibat kesan sinar UV. Khasiat yang sama juga ada pada buah tomato.
Bayam
Salah satu khasiat bayam adalah membantu memberi kulit yang sihat kerana kandungan vitamin A yang tinggi. Ia juga dikatakan memberi kelembapan yang tepat pada epidermis sekali gus membantu mencegah jerawat, kedutan dan masalah kulit yang lain.
Brokoli
Sayuran ini dapat meningkatkan kualiti kesihatan kulit kerana kandungan vitamin C, E, dan B6. Ia membantu mengelakkan kesan kerosakan pada kulit akibat radikal bebas.
Avokado
Buah ini kaya dengan asid lemak omega dan asid oleic untuk membantu lapisan luar kulit mengekalkan kelembapannya hingga membuatkan kulit lembut dan anjal.
Kiwi
Buah kiwi mengandungi banyak vitamin C yang mampu mencerahkan kulit tubuh. Buah kiwi berkesan dalam memperbaharui sel-sel kulit yang akan menjadikan kulit cerah, tampak segar dan muda.
Sebenarnya lagi awal anda mula mengamalkan enam makanan ini lebih baik. Ia akan mengurangkan kos anda membeli krim atau serum anti penuaan. Selain itu amalan sayur dan buah-buahan ini juga baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.