Sugu Pavithra Terima Anugerah ‘Silver Play Button’ Daripada YouTube

Share

Nama ‘Sugu Pavithra’ sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Baru-baru ini, pasangan YouTuber ini telah berkongsi satu berita gembira di mana mereka telah menerima anugerah ‘Silver Play Button’ daripada YouTube di atas pencapaian mereka yang berjaya mendapat lebih daripada 100,000 subscribers di saluran YouTube mereka.

Pavithra telah menerima bayaran bulanan daripada YouTube selepas video-videonya melepasi angka tontonan yang telah ditetapkan. Di dalam bungkusan ‘Silver Play Button’ yang diterimanya, tertera nama Sugu Pavithra serta diselitkan satu sijil daripada YouTube.

Rata-rata pengikut Sugu Pavithra memberi ucapan tahniah di atas pencapaiannya itu. Pavithra turut memberikan ucapan terima kasih kepada pengikut yang sentiasa menyokong mereka selama ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada ‘Kakak Seri’, orang pertama yang memperkenalkan YouTube kepadanya. Menurutnya, Kakak Serilah yang mengajarnya cara untuk membuat video dari mula sampai akhir. Sehingga kini, beliau masih ingat dan ikut tunjuk ajar yang diberikan oleh Kakak Seri.

Lebih menarik lagi apabila pasangan suami isteri ini telah meraikan detik manis ini bersama jiran tetangga. Mereka telah menjemput jiran terdekat dengan mengadakan majlis ‘makan-makan’ secara sederhana.

Pasangan ini mula menjadi rakan YouTube (YouTube Partner) pada Januari lalu dan sehingga kini, pengikut pasangan ini telah mencecah 774,000 subscriber. Video mereka mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana kefasihannya berbahasa Melayu serta resipi yang mudah untuk difahami. Semoga terus berjaya Sugu Pavithra.

 

SUMBER: Sinar Harian

Jika anda sedang mencari PERIUK NASI, boleh cari DISINI.

 

Artikel lain yang boleh dibaca:

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah:

IKLAN