Step By Step Hiong Tai Mai Fan Masakan Panas

Share

Bihun keras goreng yang dituangkan dengan kuah panas jernih yang segar.

HIONG TAI MAI FAN

BAHAN-BAHAN:

  • Bihun – dileraikn dan “deep fried”
  • 2 ulas Bawang putih
  • 1cm halia
  • 3-4 ekor udang
  • Isi ayam
  • Fishcake
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecik kicap cair
  • Sawi
  • 1 sudu kecil minyak bijan (ini wajib untuk naikkan aroma)
  • Sedikit lada putih
  • Garam
  • 1 cawan air

 

CARA MEMASAK
1. Leraikn bihun kemudian goreng secara “deep fried”. Angkat dan toskan.

2. Panaskn sedikit minyak & minyak bijan. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau

3. Masukkan ayam dan goreng sebentar. Masukkan fishcake & udang dan goreng hingga masak

  

4. Masukkan sos tiram & kicap cair. Tuangkn air. Biar mendidih dan masukkn lada putih.

 

5. Pecahkn telur dan kacau kemudian masukkan sawi.

6. Bancuhkn tepung jagung dengan sedikit air. Tuang bancuhan sedikit demi sedikit ikut kepekatan yg dikehendaki

7. Tuangkn ke atas bihun yang telah digoreng tadi

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ahmad Shukri Shukor

IKLAN