Sebut nak masak spaghetti, pasti anak-anak suka. Asyik makan rendang aje bosan jugak budak -budak yang datang. Ni bolehlah dihidang Raya masa rakan anak-anak datang beraya nanti.
Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut:
Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Salutkan ketam di dalam campuran tepung
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Ads
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
2. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK :
Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
Masukkan lada hitam dan padamkan api
Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
4 1/2 sudu makan minyak masak
400 gm spaghetti
2 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada benggala cincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
4 sudu makan daun ketumbar cincang
12 potongan baji tomato ceri
1/2 kiub stok ayam
Bahan ayam percik :
2 keping peha ayam (chicken chop)
5 biji bawang kuning kecil /dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sm lengkuas/ dikisar
2 sm halia /dikisar
40 ml santan
Garam secukup rasa
1 sudu makan pes cili kering
1 batang serai /dikisar
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Pewarna kuning
CARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
Siap untuk dihidang bersama kuah percik.
Cara masak ayam percik :
Ads
Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau
Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
Ads
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
Terima kasih :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pucuk Ubi Goreng merupakan sajian kampung yang digemari ramai namun ramai yang kurang tahu cara penyediaannya. Menerusi perkongsian saudari Iskamaridzah Ismail, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan sajianyang dipelajari menerusi ig live Dato’ Rizalman Ibrahim. Nampak sedap kan? Jom cuba. Kalau makan dengan nasi panas ni, memang terangkat.
RESIPI PUCUK UBI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 besen besar pucuk ubi – basuh bersih & keringkan 1 mangkuk kecil ikan bilis – basuh bersih, keringkan & gaul tepung beras – beli online disini 2 biji bawang besar – hiris 1 keping asam gelugur – beli online disini 1 inci belacan – beli online disini 1 keping (sebesar tapak tangan) ikan kurau masin – goreng, kiraikan isinya & kisar kering – beli online disini Segenggam cili kering – rebus, basuh, toskan & kisar kering – beli online disini Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, tuang minyak masak yang banyak dan biarkan minyak panas. 2. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup. Toskan.
3. Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup. Toskan juga minyaknya.
4. Tumis bawang besar hingga garing.
5. Masukkan cili kering dan kacau. Masukkn garam dan gula secukup rasa. (gula kena letak lebih sikit) Kacau lagi.
6. Seterusnya masukkan belacan dan asam gelugur. Kacau.
7. Tumis sampai cili masak dan sedikit kering sedikit. Masak lagi. 8. Masukkan ikan kurau, kacau diikuti dengan ikan bilis. Tutup api 10. Masukkan pucuk ubi dan gaul perlahan-lahan hingga rata. Jangan gaul kasar-kasar supaya elak pucuk ubi jadi hancur.
11. Bila sudah rata elok, angkat Pucuk Ubi Goreng dan letak dalam besen atau bekas bersesuaian. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan sejukkan di bawah kipas. 12. Bila Pucuk Ubi Goreng sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Sambal dan kerabu memang merangsang selera. Kadang-kadang nasi panas dengan dua jenis sajian ringkas ini sahaja sudah cukup menjadikan hidangan cukup menyelerakan.
Tahan lama pulak tu. Buat lebih nanti boleh simpan dalam peti sejuk. Ok jom tengok resipi yang dikongsi dari Hotel Pearl KL dan Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Mudah sangat .
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak: 5 minit Cara memasak :Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 3- 4 orang Masa memasak :15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
3. KERABU DIY MANGGA
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda /dihiris
1 batang lobak merah /dihiris
1 batang timun /dihiris
10 tangkai cili padi/ hiris halus
1 biji bawang merah /dimayang nipis
1 biji jus limau nipis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
10 gm suhu /direndam lembut
Sedikit udang kering
Sedikit kelapa parut
CARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Gaul dan di saji mentah Jenis masakan : Kerabu Keistimewaan :Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.
4. KERABU DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging/direbus sampai lembut
1 biji bawang besar/dihiris
1 batang serai /dihiris nipis
1 biji tomato /dihiris nipis
5-7 biji cili padi /dihiris nipis
2 sudu makan sos ikan
1 biji limau nipis/perah jusnya
3 helai daun limau purut /dihiris halus
Garam secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Mudah rupanya buat Kimchi secara homemade. Biasanya jika ingin menikmati makanan Korea ni, kena ke restorn Korea atau beli di pasaraya. Tak perlu lagi dengan adanya resipi perkongsian saudari Hani Norsini. Sangat mudah. Boleh buat stok di rumah atau diniagakan. Jom cuba buat sendiri.
CARA BUAT KIMCHI HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN ASAS:
2 ketul kubis cina (anggaran berat 1.5kg) – basuh, potong, rendam dalam air garam selama 2,3 jam dan toskan
1 batang lobak merah, diparut halus (jika suka)
BAHAN KISAR:
2 labu bawang putih
4 hiris halia (boleh lebihkan atau kurangkan mengikut citarasa)
BAHAN PES:
2 sudu besar tepung beras pulut
2 cawan air
2 sudu besar gula putih atau perang
CARA MASAK PES:
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati
2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga mendidih kecil.
3. Tutup api dan sejukkan.
BAHAN LAIN:
3 peket kecil serbuk cili (lebihkan atau kurangkan mengikut citarasa)
Sos ikan atau cencaluk atau budu (ikut citarasa) – setelah buat berkali-kali dengan mencuba semua bahan pemasin ni, guna cencaluk paling sedap.
CARA MEMBUAT:
1.Satukan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga semua bahan sebati dan bersalut pada kubis. Simpan dalam bekas bersih yang bertutup.
2.Untuk simpan jangka masa lama, letak dalam peti sejuk.
3. Untuk peraman segera, simpan luar peti sejuk. Rasa peraman akan sempurna selepas 3 hari.
Cara simpan cili padi ini sesuai untuk yang selalu beli tapi akhirnya terbiar lembik dan busuk dalam peti ais.Kaedah menyimpan cili padi perkongsian Mazeline...