Spageti Seafood Paling Sempoi. Sesuai Bagi Anda Yang Tercari-Cari Menu Makan Malam Yang Mudah & Ringkas.

Share

Jika mahukan rasa lebih enak, masukkan lebih udang kerana ia akan menjadikan rasa spageti lebih manis serta berperisa.

SPAGETI SEAFOOD RINGKAS

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm spageti | dicelur
  • 150gm campuran makanan laut
  • 6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
  • 4 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh emping cili
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 2 sudu makan mentega
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.
  3. Tambahkan spageti. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan asparagus. Gaul rata.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN