
Pernah tak selepas masak sotong, hasilnya jadi kecut, liat dan tak pejal? Lagi mengecewakan bila masak sambal sotong, kuah pula jadi terlalu banyak dan sambalnya cair. Sebenarnya ada beberapa teknik mudah yang boleh digunakan untuk memastikan sotong lembut, kekal pejal dan tidak mengecut selepas dimasak.
Ramai yang tak sedar, cara membersihkan sotong sebelum memasak memainkan peranan penting untuk memastikan tekstur sotong kekal cantik dan sedap dimakan. Selain itu, tempoh memasak juga sangat mempengaruhi hasil akhir hidangan.
Terdapat dua cara mudah yang boleh diamalkan sebelum memasak sotong. Kedua-dua teknik ini sangat membantu untuk membuang lendir, mengurangkan hanyir dan memastikan sotong kekal pejal.
2. Kemudian, taburkan 1 hingga 2 sudu besar garam kasar pada sotong yang sudah dibersihkan.
3.Ramas sotong perlahan-lahan sehingga keluar buih seperti sabun. Proses ini boleh dilakukan selama 1 hingga 5 minit.
4.Selepas itu, bilas sotong menggunakan air bersih beberapa kali sehingga semua lendir hilang.
5.Akhir sekali, tapis dan biarkan sotong kering seketika sebelum dimasak.
Teknik ini membantu menjadikan sotong lebih pejal dan mengurangkan risiko sotong mengecut ketika dimasak.
Selain menggunakan garam kasar, ada juga cara lain yang sering digunakan oleh ramai orang untuk memastikan sotong lembut dan tidak berair.
2.Masukkan sotong ke dalam kuali dan masak selama 1 hingga 2 minit sahaja sehingga air sotong keluar.
3. Kemudian, toskan sotong tersebut sebelum dimasukkan ke dalam masakan sebenar.
Cara ini sangat berkesan untuk mengurangkan kandungan air dalam sotong sekali gus mengelakkan sambal menjadi cair atau terlalu berkuah.
Kedua-dua cara ini memang membantu memastikan sotong kekal pejal, tidak hanyir dan tidak mengecut selepas dimasak.
Namun begitu, perkara paling penting ialah jangan memasak sotong terlalu lama.Tempoh memasak yang disarankan hanyalah sekitar 4 hingga 5 minit sahaja. Jika dimasak terlalu lama, tekstur sotong akan menjadi keras dan liat.
Untuk hasil yang lebih sedap, masukkan sotong pada peringkat akhir masakan supaya teksturnya kekal lembut dan juicy.
Tip mudah ini memang sangat membantu terutama untuk masakan sambal sotong, sotong goreng kunyit atau pelbagai menu berasaskan makanan laut.
Selepas ini tak perlu lagi risau sotong jadi kecil, kecut atau liat selepas dimasak.
Selamat Mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: