Ads

Sosej Rol. Kudapan Ringan Buat Anak-Anak.

Sosej dipotong dua atau anda boleh memotongnya mengikut suka. Enak dinikmati bersama sos atau dimakan begitu sahaja.

 

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • Doh pastri lapis secukupnya
  • 1 paket sosej ayam
  • 1 biji telur | dipukul kembang
  • Bijan hitam secukupnya

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Canai doh pastri lapis setebal 3mm dan sapukan telur di permukaannya.
  2. Kemudian letakkan sosej di atas doh tadi dan gulungkan ia sehingga menutupi sosej. Lakukan sehingga habis.
  3. Seterusnya letakkan di atas tin pembakar dan sekali lagi sapukan telur di bahagian tepi atas doh.
  4. Setelah itu, taburkan bijan hitam secukupnya.
  5. Akhir sekali, bakar pada suhu 200ºC selama 25 minit atau sehingga berwarna keperangan.
  6. Letakkan sosej rol di atas relai dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Seri-Aji® Meriahkan Pesta Seri Rasa x RASA, 2,026 Pek Nasi Goreng...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa x RASA sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang berlangsung dari...