Sos Pencicah Serbaguna Gaya Thailand. Mudah, Sedap & Pelbagai Guna!

Share

Bagi anda yang pernah ke Thailand dan menikmati aneka sajian makanan laut serta kerang-kerangan, pasti pernah rasa keenakan sos pencicah yang disediakan. Pedas, masam, manis memang cukup rasa.

Malah, sos ini juga sesuai untuk dijadikan pencicah bagi ikan kukus, daging bakar atau rebus, kuah kerabu perut, Popia Vietnam dan sebagainya. Memang membuka selera!

BAHAN-BAHAN:

  • Cili padi merah dan hijau cincang – jumlah ikut tahap kepedasan yang diingini.
  • 3 bji bawang merah – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 batang serai – cincang
  • 1 sudu teh cili flakes
  • 2 bji limau nipis -perah air
  • 2 biji limau kasturi perah air
  • 4 sudu makan sos ikan/kicap sotong
  • 1 tangkai daun ketumbar – cincang
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan gula pasir
  • Garam secubit/sesedap rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  2. Perap dalam 30 minit supaya lebih sedap.

Kredit resipi & gambar: Chinta Qaseh Zulaikha

IKLAN