Smoothie Kiwi & Pisang

Share

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan daripada serangan penyakit dan jangkitan biasa. Boleh dimakan terus atau dinikmati sebagai minuman yang enak.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah pisang | dibuang kulit dan disejukbekukan
  • 2 biji buah kiwi | dibuang kulit dan dihiris
  • 250 ml dadih rendah lemak
  • 5 kiub ais

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar sehingga halus.
  3. Masukkan ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.
IKLAN