Dah nama pun anak nogori, ramuan cili padi memang tak boleh dipisahkan dalam sajian rutin seharian penyanyi dan aktres Siti Nordiana Alias, 35 tahun.
Peluang muncul bersama Chef Wan memang cukup mengujakan kerana sajian yang dipilih untuk episod kali ini mengembalikan memori kelazatan Rendang Ayam Minang dan kuih koci yang kerap dimasak neneknya.
Penyanyi yang menjulang kembali namanya setelah memenangi juara Gegar Vaganza musim kedua pada 2015 ini juga adalah anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan. Sama juga seperti anak nogori lain, artis ayu ini sangat menggemari lauk Rendang Ayam Minang.
“Berbeza dengan rendang negeri lain, Rendang Minang ni rasanya pedas. Saya suka kalau lauk tu menggunakan banyak cili padi, tak kisahlah hijau atau merah.Cili padi tu yang memberi rasa sedap tak terhingga pada rendang ayam minang,lagi pedas lagi saya suka. Bukan setakat masa bulan Ramadan sahaja tetapi ini lauk pada hari-hari biasa juga.
Jadi saya memang teruja bila dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan ni. Best juga tengok Chef Wan merendang. Teringat masakan nenek, lauk ‘favourite’ kami sekeluarga,” cerita Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana ini.
Ads
Di samping rendang Minang, satu lagi sajian Minang yang disukai adalah Ayam Goreng Berlado. Bercerita mengenai kuih-muih untuk berbuka pula kuih koci menjadi pilihan utama “Saya memang seronok dapat tengok Chef Wan menunjukkan kepakaran masaknya ‘live’ depan mata. Resipi yang digunakan sama seperti nenek saya buat,” imbau Nana lagi.
Sepanjang bulan Ramadan ini jika ada jemputan puasa di luar atau di hotel, Nana akan menghadirinya. Jika tiada dia lebih selesa berbuka bersama anak lelakinya Muhammad Rayyan Nakhaie, 11 tahun dan ibunya di rumah. Sekali sekala Nana rajin juga ke bazar Ramadan mencari kuih muih yang disukainya seperti Popia Basah yang banyak terjual semasa bulan puasa.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam @ 11/2kg ayam | dipotong 12
11/2 biji kelapa | diramas dengan 1 liter air suam
250gm kerisik
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit | dihiris halus
Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
10 tangkai cili merah| dibuang biji | dikisar
15 tangkai cili kering | direndam air panas dan ditos, dikisar
10 biji cili padi | dikisar
15 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
8 biji buah keras | dikisar
8 batang serai | dihiris kasar, dikisar
2sm halia | dikisar
2sm lengkuas | dikisar
3sm kunyit hidup | dikisar
1 biji limau purut | diparut kulitnya, kuantiti sedikit
CARA MEMASAK :
Di dalam kuali masukkan bahan-bahan yang dikisar dan ayam . Biarkan ayam kering airnya dan kacau.
Masukkan santan dan sedikit garam,didihkan selama 45 minit hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
Biarkan santan pecah minyak.
Masukkan kerisk, daun limau purut, parutan kulit limau purut, daun kunyit yang dihiris halus. Perasakan dengan gula dan garam.
Biarkan ia pekat, dan hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris.
KUIH KOCI
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung pulut
½ cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
Bahan inti :
1 biji kelapa parut
1 ketul gula Melaka | diracik
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
½ cawan air
Daun pisang secukupnya | dibersihkan dilayur hingga lembut , potong saiz 13sm x 13sm
Minyak masak secukupnya
1 cawan pati santan | dicampur secubit garam
CARA MEMASAK :
Cara buat inti :
Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Cara buat doh :
Ads
Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yangg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi.
Cara buat kuih koci :
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat daun pisang. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.
JANGAN LUPA TERUSKAN MENONTON “ RASA NOSTALGIA RAMADAN”, SETIAP JAM 5 PETANG DARI ISNIN -KHAMIS DI ASTRO PRIMA 105 DAN PRIMA HD 121
Ada ramai lagi selebriti lain akan bersama Chef Wan di antaranya Kak Engku, Serina Chef Wan, Amelina, Azira De Fam, Sharifah Shahira, Ziana Zain, Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Bell Ngasri, Zarul Umbrella.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Orang Jawa mesti tahu akan masakan Ayam Ungkep. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak pandang lauk lain. Ia seperti rendang ayam. Ayam Ungkep sedap bila terasa pedasnya. Anda boleh tambah dan guna cili api ikut tahap kepedasan yang diingini.
Ayam Ungkep
Bahan-bahan:
2 batang serai -titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit hidup (Besar Ibu Jari)- tumbuk
Cili padi (Ikut kepedasan yang disukai) – tumbuk
Ketumbar Peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbuk
1 sudu kunyit serbuk (yang ni nak bagi warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup tak payah letak)
1 sudu makan asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara 1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau. 2.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.. Tutup Periuk hingga ayam masak. 3.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat..
Sambutan Hari Raya pasti ada ketupat. Memang nikmat betul dapat makan ketupat palas pulut hitam. Diganding pula daging dendeng cili padi. Memang padu!
Menu begini kadang-kadang memang jarang kita temui pada hari biasa. Namun, pada Hari Raya, memang bersusun rumah yang menyajikan menu sebegini. Masa inilah kita dapat menikmatinya sepuas hati.
Tapi apa salahnya jika kita tahu buat sendiri. Dapatlah melepaskan rasa teringin jika selera berkehendak pada bukan musim perayaan. Nak tahu caranya? Ikuti perkongsian resipi daripada Idayu Wani ini. Mudah sahaja membuatnya.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jom cuba resipi perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Bolehlah cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
AYAM TANDOORI
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar.Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...