Melihatkan gaya Siti Elizad ke dapur bersama Chef Wan yang tidak kekok membuktikan Elizad memang pandai memasak. Malah beliau beruntung kerana Chef No.1 Malaysia itu sudi menjemputnya berkongsi dapur menyediakan dua menu kegemaran dan wajib ada setiap kali Ramadan.
Sambil memasak dan bercerita akan nostalgia Ramadan dengan Chef Wan, Elizad teringatkan istimewanya air tangan arwah ibu. Katanya setiap kali puasa, arwah ibu rajin ke dapur dan pakar dalam menyediakan Masak Lemak Cili Padi dan rendang.
“Air tangan mak memang super sedap, tiada tandingan. Istimewanya masakan mak, apa sahaja lauk pauk yang dimasak mesti di dalamnya dirampaikan dengan sayur atau ulam-ulaman. Terutamanya dalam Gulai Lemak Cili Padi atau rendangnya, sebab tu di keliling rumah mak penuh dengan pokok ulam-ulaman, paling tidak pucuk ubi,” ujar Elizad bila bulan puasa suka masak Rendang Campur (campuran pelbagai organ dalaman) Rendang Ayam Tua Campur Pucuk Ubi, Masak Lemak Cili Padi dan Kuah Kacang Campur Paru yang dimakan dengan Nasi Impit.
Selain lauk pauk, Elizad juga suka manisan seperti Serawa Durian Dengan Sagu, Tepung Pelita dan Murtabak Daging. Sebab itulah dia begitu teruja dan seronok bila dijemput untuk bergandingan dengan Chef Wan dalam Program Rasa Nostalgia Ramadan. Untuk episod ini Chef Wan menyediakan dia menu kegemarannya iaitu Gulai Lemak Cili Padi Daging Bersama Pucuk Ubi Kayu dan Serawa Durian Bersama Sagu. Korang yang ingin mencuba resipi masakan yang disediakan oleh Chef Wan dengan Siti Elizad, RASA kongsikan di sini.
Ads
GULAI LEMAK DAGING CILI PADI & PUCUK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | hiris nipis
1 ikat pucuk ubi| ambil daun muda sahaja
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit |siat-siatkan
500ml santan pekat
500ml santan cair
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARAMEMASAK:
Masukkan santan cair dalam periuk bersama daging dan serai. Renehkan atas dapur.
Setelah mereneh, masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan seketika kemudian masukkan pucuk ubi kayu.
Kecilkan api dan terus kacau, bila pucuk ubi layu, masukkan belimbing buluh dan daun kunyit.
Perasakan dengan garam, secukup rasa dan biarkan mereneh lebih kurang 3-4 minit.
Tutup api, gulai sedia dihidangkan.
Ads
SERAWA DURIAN RSAMA SAGU HALUS
BAHAN-BAHAN:
10 ulas durian segar
2 helai daun pandan
50gm sagu mata ikan
1 keping gula Melaka
Sedikit gula pasir | jika suka
500ml santan pekat
100ml susu cair | jika suka
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Cuci sagu mata ikan di bawah air mengalir, kemudian toskan.
Sementara itu masukkan santan, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk.
Didihkan hingga gula Melaka cair, masukkan durian, gaul rata .
4 Terus renehkan dan masukkan sagu dan sentiasa kacau perlahan di atas api sederhana.
Jika kurang manis boleh tambahkan sedikit gula pasir dan secubit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Ads
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BERSAMA CHEF WAN DAN ARTIS UNDANGANNYA YANG LAIN.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Ummi Aida, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai peminat kek perisa pandan. Kek keju pula memang sedap dan disukai ramai. Kali ini RASA kongsikan resipi kek pandan cheese leleh daripada Iyana Razali. Melalui gambar yang dikongsikan nampak sedap sungguh kek ini. Boleh cuba buat. Resipinya pun tak susah sangat.
CARA MEMBUAT KEK
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Campur semua bahan kisar dan kisar sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder tadi.
4. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Kacau secara kaup balik sahaja.
5. Panaskan oven 160°C. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
BAHAN TOPPING
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis (BELI DI SINI)
1/4 cawan susu cair
CARA MEMBUAT TOPPING
1. Campur sebati semua bahan.
2. Tuang ke atas kek dan tabur cheese parut.
Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A:
440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
3200 ml air
CARA MEMASAK:
1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton. 2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan. 3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah. 4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.
BAHAN B ( CAMPURAN GDL):
1 1/2 sudu teh GDL
1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar air soya yang belum dimasak
CARA MEMBUAT:
1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati. 2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
CARA MEMBUAT TAUFU FA:
1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus) 2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas. 3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu. 4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk. 5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
Air
Gula/gula melaka
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis. 2.Tapis dan sejukkan.
INFO:
Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!