Simple Garlic Pasta Tak Muak Makan

Share

Kadangkala kering idea nak sediakan menu untuk sekeluarga makan.  Asyik mengulang makan nasi jadi cepat bosan. Apa kata malam ni kita tukar menu yang lebih ringkas tapi mengenyangkan. Anak -anak pasti menyukainya.

Garlic Pasta

Bahan-bahan:

  • 1 paket pasta
  • 10 ulas bawang putih
    (ditumbuk kasar)
  • 8 tangkai cili padi
  • 2 biji telur
  • Chilli flake
  • Garlic powder
  • Perasa garam gula
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1.Pasta direbus dan toskan.
2.Panaskan minyak, masukkan bawang putih. Goreng agak sedikit garing
3.Masukkan cili padi
4.Masukkan pasta. Tambahkan sedikit sahaja air
5.Goreng pasta gaul hingga mesra bersama tumisan bawang


6.Masukkan telur
7.Perasakan dengan garam dan gula. masukkan lada sulah
8.Masukkan chili flake. Gaul rata
9. Sedia untuk dihidangkan

Tip – masukkan sedikit minyak semasa merebus pasta bagi mengelakkan pasta melekat semasa proses pengetosan.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN