Makan

Shrimp Crab Toast, Roti Yang Rangup Bikin Anda Ketagih

Share

Nak makan snek yang rangup, creamy dan penuh dengan rasa laut? Shrimp Crab Toast ni jawapannya! Guna udang, crabstick & mayones, lepas tu bakar sampai garing. Makan panas-panas memang padu. Anda wajib cuba di rumah. Gerenti puas hati.

SHRIMP CRAB TOAST

Bahan-bahan:

  • Roti baguette
  • 450gm udang | dicincang kasar
  • 450gm crabstick | dicincang kasar
  • ½ cawan daun bawang | dihiris halus
  • 2 biji putih telur
  • ½ cawan mayones
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam kisar
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • Serbuk paprika secukupnya

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, satukan udang, crabstick, daun bawang, putih telur, serbuk bawang putih, serbuk lada hitam, gula dan mayones. Gaul hingga sebati. Sejukkan selama 15 minit.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit.
  3. Cedokkan satu sudu penuh inti dan letakkan di atas hirisan roti. Buat hingga habis.
  4. Kemudian, taburkan serbuk paprika di atasnya.
  5. Letakkan roti di atas loyang dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 180C. Sesuaikan suhu mengikut oven masing-masing.
  6. Roti siap untuk dinikmati. Makan panas-panas memang sedap.

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

 

[Sertai

Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma