Serunding Halia Dengan Garlic Crispy, Sedap Betul Makan Dengan Nasi Panas

Share
Serunding Halia Dengan Garlic Crispy sesuai sangat ada ketika di bulan Ramadan ini. Boleh buat stok di dapur, makan untuk bersahur dan juga berbuka. Makan dengan nasi panas, memang layan. Jom kita cuba buat Serunding Halia Dengan Garlic Crispy seperti yang dikongsikan resipinya oleh CikAyu Masfaliza Ab Jaafar
RESIPI SERUNDING HALIA DENGAN GARLIC CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Halia tua (tip: cari halia yang tak begitu tua dan yang panjang-panjang supaya mudah untuk disagat.

Ikan bilis – BELI ONLINE
Garam bukit –BELI ONLINE
Perencah hilal
Minyak masak –BELI ONLINE
BAHAN TAMBAHAN: Garlic crispy
CARA MEMBUAT:
1. Sagat halia dengan penyagat. Tekstur halia selepas disagat.
2. Selepas habis sagat, perah air halia. Kita nak halia itu sahaja.
Tekstur halia yang telah diperah dan dibuang airnya. Tapis biar halia jadi lebih kering.
3. Panaskan minyak. Kena guna minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang cantik untuk serunding halia.
4. Gunakan api yang besar untuk dapatkan tesktur serunding yang garing dan cantik.
5. Agak-agak sudah warna sedikit gelap, cepat-cepat angkat.
6. Beginilah hasilnya. Tapiskan lebihan minyak ini dahulu ya.
7.  Ikan bilis digoreng garing dan dikisar. Gunakan chopper sahaja. Mudah dan pantas.

8.  Selepas dikisar, gaulkan sebati ikan bilis dan sedikit serbuk hilal pada halia tadi. Sebelum itu, toskan halia yang digoreng dengan tisu dapur untuk buang lebihan minyak.

Hasil kejadian selepas digaul mesra. Sedap dimakan begitu saja.

 

9. Kalau di rumah ada bawang putih crispy, boleh gaulkan bersama-sama serunding tadi. Ini lagi ummphhh..

11. Kalau garing macam ini, sepinggan pun boleh makan seorang. Selamat mencuba!

Sumber kredit: CikAyu Masfaliza Ab Jaafar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
IKLAN