Bulan Ogos dan September bukan sahaja bulan penuh patriotik, malah ia juga bulan kita meraikan rasa cinta terhadap tanah air. Tahun ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menjadikan sambutan Merdeka lebih bermakna dengan melancarkan kempen istimewa “Seribu Rasa, Satu Cinta”.
Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2025 ini membawa mesej perpaduan melalui makanan, kerana walaupun kita mempunyai seribu rasa berbeza, kita tetap berkongsi satu cinta untuk Malaysia
.Melalui peraduan Beli & Menang, rakyat Malaysia berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM20,000 termasuk baucar percutian domestik dan kredit Touch ’n Go eWallet.
Lebih menarik, Ajinomoto turut melancarkan Set Bundle Merdeka eksklusif di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, lengkap dengan empat pinggan edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik Malaysia. Cukup cantik untuk dijadikan koleksi!
Untuk menyebarkan keceriaan, Ajinomoto bekerjasama dengan influencer tempatan bagi mencetuskan buzz digital. Selain itu, rakyat Malaysia juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti di lapangan – daripada permainan interaktif, paparan kedai yang memikat mata, hinggalah video Merdeka khas yang boleh ditonton di YouTube Ajinomoto.
Video tersebut mengisahkan empat rakan yang berusaha mendapatkan semula resipi-resipi Malaysia tercinta yang hilang. Sebuah kisah yang pasti menyentuh hati dan menyalakan semangat cinta tanah air.
Ajinomoto juga mengajak rakyat Malaysia untuk turun padang di acara meriah:
Pengunjung bakal menikmati pengalaman interaktif, pameran bertema dan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang memupuk semangat perpaduan. Layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.my dan ikuti platform media sosial Ajinomoto untuk mengetahui lebih banyak kisah menarik, peraduan dan peluang memenangi hadiah istimewa
Dengan seribu rasa yang berbeza, kita tetap bersatu dengan satu cinta – cinta pada Malaysia.