Seri Muka Durian, Buat Sendiri Kat Rumah Baru Puas Makan

Share

Seri Muka Durian kalau buat sendiri memang puas hati, tambah pula sekarang musim durian memang sesuai lah nak buat kuih ini untuk hidangan minum petang bersama keluarga atau untuk diberikan kepada jiran tetangga.

Menggunakan acuan kuih lompang, Noraslinda Md Radzhi berkongsi resipi kuih seri muka durian untuk anda cuba. Nampak sedap dan menyelerakan!

SERI MUKA DURIAN

Bahan-bahan:

Lapisan bawah

2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam )

2 cawan santan

2 sudu besar minyak masak

Garam secukupnya

( beras pulut di tapis.. masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain.. kukus hingga pulut masak )

Lapisan atas

1 cawan durian

1/2 cawan tepung kastard

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

2 cawan santan sederhana pekat

1 cawan gula

1 biji telur

Sedikit garam

Pewarna kuning

Cara memasak:

1.Blend semua bahan

2.Masukkan ke dalam periuk

3.Masak atas api kecil, kacau agak-agak periuk panas.. angkat

4.Tekan-tekan pulut dan padatkan

5.Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi

6.Kukus 40 minit

  1. Sejukkan dulu baru dipotong

Nota:

1.Untuk kukus guna acuan… Saya guna acuan lompang saiz besar

2.Acuan di sapu mnyak

3.Pulut dilenyek ..

4.Masukkan dalam acuan.. tekan-tekan dan ratakan.. isi pulut separuh acuan

5.Air kukus dah didih

6.Pulut dikukus dulu sekejap

7.Tuang adunan lapisan atas

8.Kukus 10 minit pertama api besar.. 5 minit last api sederhana..

9.Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan

Kredit resipi dan gambar: Noraslinda Md Radzhi

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN