Serbuk Colek Homemade Pedas Meraung. Guna 3 Bahan Je

Share

Serbuk colek homemade pedas meraung ni hanya gunakan tiga bahan je. Ingatkan susah nak buat tapi rupanya cukup mudah. Tinggal nak buat ke tak je.

Memang sedap rupanya serbuk colek macam ni. Ada rasa pedas, masin, manis dengan rasa udang kering dan belacan. Cicah dengan buah-buahan memang sedap terutamanya mangga muda. Peh!!

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nur Amalyna Zuraidi

ini ye. Gerenti tak menyesal. Tak payah beli lagi lepas ni

Serbuk Colek Homemade Pedas Meraung

Bahan-bahan:

Sedikit cili kering – boleh beli online di sini

Udang kering – boleh beli online di sini

Belacan – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Cara Membuat:

Sangai lada kering, udang kering dan belacan dalam kuali. Seeloknya guna lada kering kecil pedas tu. Baru betul-betul meraung nanti.

Sangai kejap je kemudian biarkan ia sejuk dulu.

Apabila dah sejuk bolehlah pindahkan ke dalam pengisar kering. Jangan bubuh air ye.

Kisar hingga lumat. Baunya boleh buat bersin. Warnanya pun merah menyala.

Lepas itu bolehlah  masukkan gula dan sedikit garam. Gaul sebati.  Siap! Memang tak berhenti makan bila cicah dengan mangga muda ni.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN