Serawa Ubi Keledek Ungu, Warna Cantik, Rasa Pun Sedap

Share

Jika ada keledek ungu di rumah, apa kata cuba buat serawa. Warnanya sangat menggoda. Rasanya pula sedap berlemak manis.

Letakkan sedikit sagu supaya cita rasanya lebih mewah apabila ada ketulan sagu yang digigit ketika menjamah serawa ini.

SERAWA KELEDEK UNGU BERSAGU

BAHAN-BAHAN
7 biji keledek (buang kulit dan potong kecil)
1 cawan santan kotak
1 cawan air
Gula (terpulang mahu manis setakat mana)
Secubit garam
1/2 cawan sagu (rendam 5 minit dan toskan)

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan keledek.


2. Masukkan santan, air, gula dan garam.


3. Kacau bagi sebati.
4. Kemudian, masukkan daun pandan. Jangan lupa carik-carikkan sedikit.
5. Hidupkan api. Masak sehingga mendidih.


6. Masukkan sagu dan kacau lagi
7. Cucukkan keledek ungu dengan lidi untuk lihat tahap empuk. Jika sudah empuk, matikan api.

Selamat mencuba!

Kredit: Iedaa Jahaya

IKLAN