Buat orang Pantai Timur, menu pulut bersama kelapa parut yang digaul dan ikan masin atau ikan rebus goreng, memang menjadi kegemaran.
Memang tak pandang kiri kanan dah kalau jumpa menu sarapan macam ni. Ringkas tapi menyelerakan.
Resipi yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, senang saja untuk disediakan. Boleh makan bersama keluarga.
2 cawan beras pulut susu
2-3 helai daun pandan
Air kelapa secukupnya
1. Bersihkan beras pulut dan toskan. Kemudian, masak dalam periuk guna dapur gas.
2. Campur air kelapa sikit. Air lebih sikit pada paras beras pulut. Letak daun pandan 2 ke 3 helai.
3. Bila nampak air kering, perlahankan api. Bila tengok keraknya dah ada, tutup api.
4. Bila pulut sejuk, bolehlah dikepal-kepal ikut saiz yang disukai. Lepas tu boleh salut dengan kelapa.
½ biji kelapa parut (ambil bahagian putih saja)
Gula & garam
1. Campurkan kelapa parut dengan gula dan garam, bagi ada rasa manis-manis sikit oklah tu.
2. Kukus dalam 15 minit, tujuannya bagi kelapa kita tahan lama dan lambat basi.
*bolehlah goreng 2 sudu besar beras pulut sampai garing dan ditaburkan di atas pulut ketika makan. Tujuannya supaya pulut kita ada bau wangi dan ada rangup-rangup bila digigit.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official