Ramai yang suka makan piza namun masih ramai yang tidak tahu buat piza sendiri. Ada yang anggap buat piza sendiri susah kerana tiada kelengkapan. RASA berikan cara buat piza dengan mudah. Taka perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
Ads
DOH PIZA TANPA ULI
Bahan-bahan
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
Bahan topping
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
Ads
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Bagi anda yang tengah tercari-cari resipi Pai Ayam / Chicken Pot Pie yang sedap dan mudah, resipi perkongsian Instafamous terkenal; Lina Thomas ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bercita rasa Barat namun bahan-bahan yang digunakan juga mudah di dapati di Malaysia. Sesuai sangatlah buat untuk makan malam. Selamat mencuba!
CARA MASAK PAI AYAM / CHICKEN POT PIE YANG MUDAH & SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang hingga wangi dan masukkan sayur campur. Masak selama beberapa minit. 2. Masukkan isi ayam dan kacau sebati. 3. Taburkan tepung secara rata ke atas sayur-sayuran dan kacau lagi hingga sebati. Masak selama beberapa minit sambil dikacau. 4. Tuang air rebusan ayam serta kiub pati ayam. 5. Masukkan heavy whipping cream dan kacau lagi hingga pekat. 6. Tambahkan daun thyme, garam serta serbuk lada hitam. Siap.
7. Tuangkan campuran ayam ke dalam pinggan pai atau mangkuk kaserol kecil. Ketepikan.
BAHAN DOH PIE:
80gm tepung gandum
115gm mentega
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan air ais
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung gandum, mentega, telur dan garam ke dalam pengadun. Putar sebati. 2. Masukan air ais, putar lagi. 3. Keluar doh dari pengadun, bungkus dalam cling wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 15 – 20 minit. 4. Tabur sedikit tepung di atas papan atau meja. Canai doh pai supaya ia lebih lebar 1 inci dari pinggan pie @ mangkuk kaserol kecil yang telah diisi bahan inti tadi.
5. Letakkan doh pie di atas permukaan inti campuran ayam tadi. 6. Tekan doh pie dengan perlahan ke bahagian pinggan, kelar sedikit permukaan dih, sapu dengan telur dan tabur sedikit daun thyme.
7. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga doh berwarna perang keemasan. 8. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau pergi ke negeri Johor terutamanya di Johor Bahru, jangan sampai terlupa untuk makan kacang pool. Memang sedap sungguh dan sangat mengenyangkan. RASA kongsikan resipinya yang mudah untuk dibuat.
KACANG POOL
BAHAN TUMIS
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang merah | cencang halus
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar ketumbar | ditumbuk halus
25 gram serbuk kari daging
BAHAN KUAH KACANG POOL
400 gram daging kisar
1 tin kacang parang
1 tin kacang merah
1 tin kacang bakar
Air secukupnya
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk lada hitam dan ketumbar. Kemudian masukkan serbuk kari daging. Biarkan sehingga naik harum baunya.
2. Masukkan daging kisar. Kacau seketika.
3. Masukkan kacang parang, kacang merah dan kacang bakar. Biarkan semuanya sebati dan masak.
4. Masukkan air. Biarkan seketika.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau dan biar seketika sebelum matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Sapu roti dengan sedikit mentega. Bakar sekejap.
2. Masukkan kuah kacang dalam mangkuk.
3. Goreng telur mata kerbau. Letakkan di atas kuah.
4. Tabur hirisan cili besar dan bawang goreng. Jangan lupa sebiji limau kasturi.
5. Sedia dinikmati.
Roti canai antara yang jadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau rajin cubalah buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ni.
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA MEMBUAT:
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ).
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.