Semudah ABC, Bubur Nasi Penuh Nutrisi Untuk Sekecil Anda

Share

 

Mementingkan makanan sihat untuk anak kecil anda. Pastikan ia lengkap dengan makanan seimbang seperti sayur, protien dan karbohidarat.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 senduk nasi
  • 1 bahagian is ayam
  • Daun sawi
  • Brokoli
  • Lobak merah (dihiris)
  • Kentang (boleh tukar kepada labu manis atau keledek manis)
  • 1 ulas bawang putih (boleh tumis bersama minyak)
  • 1 sudu minyak (boleh guna minyak biasa, olive oil atau gantikan majerin)
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus semua bahan-bahan sampai masak.
  2. Jika anak sudah ada gigi,boleh lenyek kasar. Jadi yang tidak ada gigi boleh kisar halus.
  3. Ayam boleh tukar kepada ikan bilis atau isi ikan. Sayur daun boleh tukar kepada bayam dan sebagainya.

INFO: Siap masak nasi untuk famili, ambik 1 senduk setengah nasi letak dalam periuk atau pan. Letak air dan semua bahan-bahan masak sampai betul-betul masak. Masih panas kisar sampai halus.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Azraniza Abd Aziz

IKLAN