Selama ini air kelapa muda terkenal sebagai minuman, sesuai dengan manfaatnya untuk kesihatan seperti mengelakkan dihidrasi dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sebab itulah air kelapa antara minuman yang menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas ini. Tetapi tahukan korang bahawa air kelapa muda juga boleh menyedapkan makanan. Ini antara sebab air kelapa dimasukkan dalam masakan.
Memberikan Rasa Manis Semulajadi Makanan.
Air kelapa muda mempunyai rasa manis semulajadi, menjadikan makanan kaya dengan rasa, Contohnya jika anda menggunakan air kelapa merebus ayam penyet,ia menjadikan ayam rebus lebih berperisa, lembut dan sedikit rasa manis apabila air kelapa bersatu dengan bahan perencah rebusan ayam. Lebih sedap jika air rebusan itu dijadikan air bancuhan campuran tepung untuk membuat seredak rangup untuk ditaburkan di atas ayam goreng.
Ads
Menyedapkan Rasa Makanan.
Selain rasa manis, air kelapa muda juga memberikan rasa sedap yang unik pada masakan. Caranya gunakan air kelapa untuk memerah santan, cara ini boleh korang manfaatkan untuk gulai lemak, rendang, tomyam atau opor ayam, gerenti korang akan rasa kelainan dan keenakannya.
Menambah Aroma Masakan.
Selain memberikan rasa, air kelapa muda juga boleh membangkitkan aroma masakan, sebab itu masak apapun yang menggunakan air kelapa ia akan membangkitkan aroma masakan tersebut. Contohnya dalam menu kuih muih dan pudding.
Ads
Menghilangkan Bau Hanyir Dalam Masakan.
Seiringan dengan memberikan aroma dalam masakan, bau hanyir dalam masakan juga turut hilang, malah boleh melembutkan daging. Sangat berguna digunakan untuk menghilangkan bau pada daging kambing, caranya korang hanya perlu rendam daging kambing lebih kurang 30 minit. Boleh juga dipraktikkan pada ikan untuk menghilangkana bau hanyir, tetapi hanya 2-3 minit sahaja. Jangan lama, bimbang isi ikan akan hancur bila dimasak nanti.
Ads
Mengempukkan Daging.
Daging yang keras dan liat boleh lembut dengan menggunakan air kelapa muda. Caranya rendam daging tersebut lebih kurang 15-30 minit. Boleh juga gunakan air kelapa untuk bahan perapan satey ayam atau daging.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Masalah nasi basi ni memang tak berkesudahan. Sama ada nasi atau periuk yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Pelbagai petua dicuba namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
kredit: organicfacts.net
Penat bertukar jenis beras, apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil beberapa kuntum bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh dan rendam beras seketika bersama-sama cengkih kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi akan menjadi lebih harum dan lambat basi.
Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari ChuYusmini, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
CARA TEKAN ACUAN SEMPERIT TANPA SAKITKAN TANGAN
1. Potong muncung botol mineral seperti dalam gambar di bawah.
2. Sumbat acuan seperti ini.
3. Isi doh semperit hingga memenuhi acuan.
4. Tekan diatas dulang pembakar atau tudung periuk. Lakukan hingga habis.
5. Letakkan potongan ceri dan bakar biskut mengikut suhu dan masa yang tertera pada resipi anda. Hasilkan saiz biskut sekata dan senang untuk diterap tanpa sakitkan tangan.
Sebenarnya banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam semula dari keratan yang dibeli pasar. Daun sup, pokok ketumbar, kangkong, lobak pelbagai lagi.
Tapi seringkali juga bila kita nak tanam semula, tiba-tiba tak menjadi. Baru tumbuh tunas sikit dan layu mati. Antaranya daun sup dan ketumbar. Mana yang dah berjaya dicambahkan pun tetap tak tahan lama. Kenapa ek?
Sebenarnya, pokok ketumbar/sup alah pada air. Hanya bahagian akarnya sahaja perlu bersentuhan dengan air. Tapi ramai yang rendam sampai pangkal batang dahan. Ini menyebabkan bahagian yang terendam rosak.
Jika anda masih merancang untuk menanam pokok ketumbar dari keratan yang di beli di pasar. Cuba ikut langkah ini seperti yang dikongsikan dalam laman semuajdt.com
Tinggalkan batang daun ketumbar 1.5 inci dari akar dan pucuk-pucuk yang masih muda
Rendam bahagian akar sahaja di dalam air
Keesokan petangnya, bila dahan yang ditinggalkan dah nampak sihat, boleh dipindahkan ke tanah. Gunakan medium yang bercampur dengan pasir sedikit dan proses pemindahan sebaiknya dilakukan di waktu petang.
Tanam bahagian akar daun ketumbar sahaja. Kebiasaannya ramai yang tanam sampai tenggelam batang. Ini yang menyebabkan pokok ketumbar pada awalnya hidup namun tak tahan lama kerana pangkal batang yang tertanam menjadi basah.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.