Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
- Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.
2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Lepas ni bolehlah cuba ye…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tujuh Petua Hilangkan Pijar Akibat Makan Pedas
Ada kalanya kita tak puas makan kalau tiada sambal yang pedas. Namun ada kala sambal itu terasa pedas melampau sehingga
pijar bibir. Minum air sejuk tidak begitu membantu untuk menghilangkan pedas. Ada cara untuk mengurangkan rasa pijar pada bibir
yang ‘terdera’ dengan rasa pedas tersebut.
RASA berikan 7 petua untuk hilangkan rasa pijar akibat memakan sesuatu yang pedas.
1. Susu
Minum segelas susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas adalah pilihan yang terbaik. Dalam susu mengandungi protein yang
akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Coklat susu juga boleh menghilangkan rasa pijar.
2. Minyak Zaitun
Dengan mengambil beberapa sudu minyak zaitun akan mengurangkan rasa pijar dan pedas pada lidah. Minyak zaitun mempunyai
lemak yang dapat meredakan pijak.
3. Gula
Manis gula sebenarnya boleh membantu meneutralkan pijar daripada makanan pedas yang dimakan. Gula akan menyerap minyak
pedas dan mengubahnya menjadi rasa yang berbeza.
4. Manis Madu
Selain banyak khasiat, rasa manis semula jadi madu juga akan meredakan pijar pedas pada lidah.
5. Mentega Kacang
Selalunya mentega kacang kita akan sapukan pada roti. Rupa-rupanya mentega kacang mengandungi kandungan lemak yang akan
membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi makan satu sudu mentega kacang untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi bagi sesiapa
yang memiliki alergi pada kacang jangan guna cara ini. Dibimbangi hilang pedas, jadi masalah lain pula.
6. Makanan Berkanji
Nasi dan roti adalah makanan asasi bagi masyarakat kita. Nasi dan roti tidak akan meneutralkan rasa pedas tapi akan
mengurangkan kesan pijar pada lidah. Apabila pijar hilang, ianya akan membantu menghentikan rasa tidak enak pada lidah.
7. Jus Lemon
Selain sedap diminum air lemon ia juga boleh meredakan rasa pedas pada lidah. Rasa pedas boleh dineutralkan dengan makanan
yang berakali antaranya lemon. Selain lemon anda boleh memakan nanas dan tomato.
Jadi apabila anda hendak makan makanan pedas sila pastikan salah satu remedi ini tersedia di samping anda. Ingat jangan terlebih
makan makanan pedas kerana boleh memudaratkan kesihatan dan berisiko mendapat penyakit buasir dan kanser kolon.
Resipi Bunga Betik, Pahit-Pahit Sedap! Elok Juga Untuk Kesihatan
Kebanyakkan ramai yang kurang menggemari sayur atau jenis ulaman yang pahit, termasuklah bunga betik ni. Tetapi tahukah kamu bunga betik ini bukan sahaja sedap untuk dibuat masakan atau ulam tetapi dapat merawat beberapa penyakitdan mempunyai khasit yang tersendiri jika diamalkan. Selamat mencuba!
RESIPI BUNGA BETIK
BAHAN-BAHAN:
- Bunga betik
- Seulas bawang merah
- Seulas bawang putih
- Telur @ Ikan bilis (ikut selera masing2)
- Air (untuk merebus)
CARA MEMASAK:
Rebus bunga betik selama 20-30 minit (air ikut kesesuaian). Rebus dengan ranting dia sekalipun tak apa sebab nanti bila dah masak bunga betik tu akan gugur dengan sendiri dari ranting dia.
Selepas rebus asingkan ranting bunga betik
Toskan dan cuci dengan air sejuk. Masa cuci tu perah bunga betik untuk mengurangkan rasa pahitnya so tak adalah pahit sangat bila makan
- Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan bunga betik dan kacau selama 5 minit
- Perasakan dengan garam dan maggie secukup rasa atau aji no moto. Gaul sekata dan kacau 5-10 minit
Masukkan dua biji telur dan gaul sekata bersama bunga betik sehingga garing.
Siap!
Kongsi resipi: ramaramapendek
Note*Kalau masak dengan ikan bilis, sila tumis bilis bersama bawang sekali ya 🙂
4 KHASIAT BUNGA BETIK UNTUK KESIHATAN
- Mencegah kanser
Dari beberapa jurnal penyelidikan, makan bunga betik boleh turunkan tahap keradangan tubuh. Keradangan ini seringkali jadi awal dari munculnya sel tumor mengganas sebagai kanser. - Merawat gastrik
Dalam bunga betik ada anti-oksidan tinggi yang bergunga mengurang keradangan pada lambung. Diluar itu, lipid penyebab cholesterol boleh dijauhi. - Menyihatkan pencernaan
Ada kandungan enzim papain dalam buaga betik selain pada buahnya. Enzim itu menolong kerja pencernaan lebih baik dan mengelak sembelit. - Menambah nafsu makan
Walau pahit, bunga betik mujarab untuk perangsang N4FSU makan. Buat bunga betik sebagai sayur-sayuran waktu menjamu selera nasi untuk kurangkan rasa pahit. Kaya anti-oksidan. Pelbagai anti-oksidan dalam bunga betik bermanfaat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh. Kecacatan oksidatif disebabkan
Mudah-mudahan bermanfaat … !!
Sumber: mydebat.com
8 Makanan Ini Anda Tidak Patut Masak Dalam Slow Cooker.
Memang benar Slow Cooker ni kita boleh masak macam-macam hidangan seperti stew, sup, bubur nasi dan sebagainya. Memang memudahkan kerana anda perlu masukkan segala bahan ke dalam periuk, set masa dan biarkan sahaja masak. Jika anda seorang yang gemar bawa bekal ke pejabat, masak lauk guna periuk ni memang bagus. Esok pagi, bila bangun, lauk anda dah tersedia. Namun kena ingat, tidak semua makanan sesuai dimasak menggunakan periuk ni. Antara yang TAK SESUAI ialah:
1. Santan & Tenusu
Jika lauk anda mengandungi bahan seperti santan atau bahan tenusu seperti susu, krim, keju, yogurt dan sebagainya, agak tidak sesuai masak menggunakan periuk ini kerana ia hanya akan membuatkan masakan anda pecah minyak serta bahan-bahan tenusu tu berketul. Tak sedap la nanti. Hmm…
2. Kuskus
Kuskus ni masak guna periuk biasa pun mudah masak. Tak perlu guna slow cooker. Jika anda masak juga, hasilkan nanti hidangan kuskus anda akan menjadi lembik dan tidak menyelerakan. Membazir tau.
3. Nasi
Kalau periuk nasi anda rosak, adalah lebih baik masak nasi dengan menggunakan dapur gas atau microwave sahaja. Masak nasi dengan slow cooker memang tak menjadilah melainkan anda nak masak bubur. Jangan cuba-cuba. Menyesal nanti tau.
4. Pasta
Jika anda suka layan resipi mat salleh, pasti pernah jumpa resipi Lasagna yang dimasak menggunakan slow cooker. Memang menjadi namun teksturnya tidak seindah dan secantik lasagna yang dimasak menggunakan ketuhar. Lasagna slow cooker kelihatan lebih lembap dan berkuah. Nampak macam kurang sedap je.
5. Isi Dada Ayam
Periuk jenis ini juga tidak sesuai untuk memasak isi dada ayam kerana proses memasak yang lama hanya akan menjadikan isi ayam keras, kering dan pejal. Jika ingin memasak hidangan isi ayam jenis ini adalah lebih baik menggunakan teknik goreng, panggang atau rebus. Pilihan terbaik adalah menggunakan bahagian ayam bertulang yang telah dibuang kulitnya.
6. Daging Mentah
Sebaiknya, panggang atau rebus seketika kepingan daging mentah sebelum dimasukkan ke dalam periuk slow cooker bagi mendapatkan hidangan yang enak, berperisa dan tidak hamis. Ia berbeza dengan isi ayam yang anda boleh masukkan terus sahaja ke dalam periuk ini.
7. Sayuran Lembut
Jangan sesekali memasukkan sayur-sayuran lembut seperti sayuran berdaun, tomato, kacang, asparagus dan sebagainya diawal masakan. Ini kerana proses memasak menggunakan periuk ini adalah lama. Haba yang terhasil pastinya akan menjadikan sayuran anda lembik dan hancur. Jika perlu menambahkannya,masukkan sayur-sayuran disaat-saat akhir proses memasak supaya khasiat serta bentuk sayuran boleh dikekalkan. Hanya sayur-sayuran yang keras seperti ubi kentang, lobak merah dan kubis adalah antara yang sesuai jika dimasukkan awal.
8. Makanan Laut
Makanan laut ni tak lama pun masa penyediaannya. Jika anda ingin menyediakan Sup Udang, Asam Rebus Sotong atau Asam Pedas Salmon, sebaiknya guna sahaja periuk dan dapur gas biasa. Kerana jika dimasak lama, dikhuatiri udang, sotong dan salmon akan menjadi keras, liat dan kurang enak.