Nak tahu cara simpan bawang kisar tahan lama? Maklumlah, penyediaan awal rencah memasak seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia kisar adalah salah satu cara untuk menjimatkan masa memasak. Tetapi ada yang bersungut, bawang kisar tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan dalam peti sejuk. Usah risau. Ada cara untuk menjadikan bawang kisar anda tahan lama. Ikuti petua di bawah ini.
CARA KISAR BAWANG SUPAYA TAHAN LAMA & LAMBAT MASAM
BAHAN-BAHAN: • Bawang merah/putih/besar| dikupas kulit, dibasuh dan dikeringkan • Minyak masak | kuantiti bergantung kepada jumlah bawang • Mesin pengisar • Sedikit garam halus
Ads
CARA-CARA:
1. Potong bawang dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Sebaiknya asingkan bawang ikut jenis dan tidak bercampur.
Ads
2. Masukkan minyak. Kuantitinya bergantung kepada jumlah bawang yang hendak dikisar.
Ads
3. Kisar hingga halus atau ikut tekstur yang dikehendaki.
4. Masukkan ke dalam bekas yang bersih dan kering. Tabur sedikit garam halus di permukaan kisaran bawang.
5. Tutup bekas dengan rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Insya-Allah bawang kisar anda akan tahan lama.
6. Untuk memasak, ceduk sahaja kisaran bawang dan tumis seperti biasa. Hasilnya, kerja masak lebih mudah & kemanisan bawang tak hilang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
“Macam-macam jenis resipi roti yang sudah saya cuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku. Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apa punca sebenar yang menyebabkan masalah ini?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi 15 faktor yang menyebabkan roti yang dibuat tidak ‘menjadi’. Selamat membaca!
1. DOH TAK KEMBANG: Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif. Air panas pula akan mematikan yis.
2. ROTI ‘PUCAT’: Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata.
3. ROTI MEREKAH: Suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.
4. ROTI ‘KECUT’: Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.
5. ROTI MENJADI BENYEK: Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.
6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH: Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.
7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK: Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.
8. KERAK ROTI TEBAL: Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.
9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT: Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.
10. ROTI LEMBAP & KASAR: Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.
11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP: Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.
12. ROTI KERING & KASAR: Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.
13. ROTI ADA ‘LUBANG’: Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.
14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS: Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.
15. ROTI MASAM: Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tamat tarikh luput yang tertera pada kemasan makanan menyatakan bila makanan atau minuman tersebut berada dikemucak kualiti dan kesegarannya. Namun mangambil makanan sebelum tarikh luput bukanlah sesuatu yang harus dikuti. Namun, beri perhatian pada tarikh luput sesuatu makanan adalah penting, sebahagiannya tidak perlu sampai membuang makanan tersebut. Ia bergantung pada makanan dan berapa lama lama ia melepasti tarikh tempat tempohnya. Ada beberapa makanan masih boleh dimakan walau sudah sampai tarikh lupusnya. Berikut empat makaan masih boleh dimakan walau tamat tempoh.
MAKANAN OLAHAN :
Menurut Alan Aragon seorang pakar nutrisi, makanan yang telah diolah dan dibungkus, ditin atau dibotolkan boleh bertahan lebih lama dari tarikh luput seperti tertera pada kemasan. Namun pastikan pada tanda-tanda kerosakan makanan yang boleh dikesan di luar kemasan atau semasa membuka bekasnya. Jika bahagian atas atau bawah kotak, tin atau botol nampak seperti menonjol, bocor, kemek atau karat, terus buang. Begitu juga bila makanan tersebut telah berbuih atau berbau.
PRODUK TENUSU:
Produk-produk yang diperbuat dari susu seperti keju yogurt boleh dimakan selagi tidak ada tanda rosok atau busuk. Produk tenusu buasa boleh tahan hingga lima hari dari tarik luputnya. Sementara keju, terutamanya keju jenis keras ia boleh bertahan lebih lama.
CEREAL & BIJIRIN:
Makanan serea, seperti pasta , cornflake, oats dan banyak lagi masih boleh dimakan walau tampat tarikh luputnya. Jika ada kerosakan pada kemasannya, ia mungkin menyebabkan isian di dalamnya telah dirosakkan oleh lipas atau tikus, maka ia harus segera dibuang.
BUAH DAN SAYURAN:
Kebanyakan buah dan sayuran sejuk beku masih walaupun sudah mengalami freezer burn atau muncul kesan ais pada permukaan makanan tersebut, tetap masih boleh dimakan walau tamat tarikh luput. Adalah diingatkan jangan biasakan cairkan makanan beku kemudian simpan semua di dalam freezer kerana ia berpontensi mempunyai bakteria.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai orang tahu minyak zaitun kaya khasiatnya untuk kesihatan. Ia mengandungi lemak baik dan antioksidan, yang dikatakan dapat membantu mencegah penyakit jantung stroke dan diabetes. Disebabkan banyak manfaat kesihatan itu, jom kita biasakan mengambil minyak zaitun dengan pelbagai cara. Salah satu cara paling mudah ialah dengan mencampurkannya dalam masakan dan makanan. Berikut tiga cara mudah boleh anda memanfatkan minyak Zaitun dalam masakan dan makanan:-
Minyak Penumis Sayur
Mulai hari ini anda tumis sayur dengan minyak zaitun kerana kandungan lemak baiknya akan meningkatkan kadar kolestrol baik juga, selain itu, aromanya, minyak zaitun juga lebih sedap dan kandungan gizinya memenuhi keperluan kesihatan tubuh. Tetapi ingat, minyak zaitun tidak boleh digunakan untuk menggoreng kerana proses menggoreng mengambil masa lebih lama dan ia akan merosakan kandungan nutrisi. Sedangkana menumis sayur mengambil masa tidak lebih dari 10 minit.
Gunakan Sebagai Dressing Salad
Sebelum ini anda menggunakan mayones atau Thousand Island sebagai dressing salad sayuran atau buah-buahan. Mulai sekarang hentikan kerana dua sos ini mengandungi lemak yang sukar dibakar dan lebih mudah menyumbang kenaikan berat badan. Cara paling senang tukar dressing kepada minyak zaitun.Mudah je caranya, anda hanya perlu tambah sedikit garam, gula, jus lemon, serbuk lada hitam dan bawang putih yang dicincang halus. Campurkan semua bahan ini dalam botol, goncang dan tuang dalam mangkuk salad. Gaul rata dan hidangkan terus salad secara segar. Ia lebih mudah dan sihat.
Oleskan Pada Roti
Kalau selama ini anda oleskan mentega pada roti untuk sarapan pagi, Apa kata, anda tukar mentega dengan minyak zaitun kerana ia lebih kaya dengan nutrisi, lebih sedap. Tambahan pula antioksidan minyak zaitun baik untuk jantung berbanding mentega jika dijadikan amalan, ia boleh mengundang peningkatan kolestrol dan sakit jantung.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Kerabu Darat dengan rencah ikan panggang, kelapa goreng, budu dan ulam-ulaman segar. Resipi tradisional Pantai Timur yang mudah, ringkas dan cukup menyelerakan.