Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa yang selalunya di sebalah utara. Ianya juga selalu diletakkan dalam lauk asam pedas atau tom yam sebagai pembangkit aroma.

Nama Pokok Herba: KANTAN
Nama saintifik: Phaeomeria speciosa Koord

Pokok herba monocot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik.

Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu ini tidak hilang di telan zaman.

Selain Aroma Dan Perencah Utama Masakan, Bunga Kantan Banyak Khasiatnya!

Khasiat/Kegunaan:

Di dalam perubatan tradisional Kantan digunakan dan berkhasiat untuk mengubati sakit:

IKLAN

Sakit telinga dan membersihkan luka. 

  • Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.
  • Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
  • Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.
  • Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.
Air pencuci luka badan
Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.

Selain Aroma Dan Perencah Utama Masakan, Bunga Kantan Banyak Khasiatnya!

Merawat kencing manis dan darah tinggi.

IKLAN
  • Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus.
  • Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.

Menguatkan tenaga bati lelaki.

  • Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Selain Aroma Dan Perencah Utama Masakan, Bunga Kantan Banyak Khasiatnya!

Hilangkan bau badan wanita lepas bersalin
  • Bunga pokok kantan ini boleh digunakan untuk tujuan awet muda. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.
  • Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat.
  • Rebus hingga mendidih dan apabila air ini telah sejuk, gunakan sebagai air mandian.

Penambah selera makan

IKLAN
  • Biji pokok kantan pula dikatakan boleh digunakan sebagai penambah selera makan serta menghilangkan rasa kurang bermaya.
  • Caranya ialah dengan menumbuk biji pokok kantan ini sehingga lumat.
  • Tos biji untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam.
  • Minumlah air ini pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali.

Sumber : khasiatherba

CUBA RESIPI YANG MENGGUNAKAN BUNGA KANTAN INI:

http://www.rasa.my/recipe/sedapnya-kerabu-kerang-tomato-bunga-kantan/

Ayam Goreng Cili Bunga Kantan. Wangi & Menambah Selera.

Kerabu Udang Daun Wangi Daun Kesum & Bunga Kantan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI