Segarnya Minum Air Kelapa Muda Lemon Madu, Hilang Dahaga

Share

Air kelapa muda juga antara minuman yang menjadi ‘buruan’ ramai ketika di bulan Ramadan. Air kelapa muda bukan sekadar penghilang dahaga tetapi juga mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh. Minuman ini bukan sahaja sedap, bahkan rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral. Jom kita cuba resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu seperti yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin.

RESIPI AIR KELAPA MUDA LEMON MADU

BAHAN-BAHAN:

1 biji kelapa muda (tak kisah ada isi ke tak)
3-4 hiris lemon
2 sudu madu asli –BELI ONLINE
Ais batu secukupnya
Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka) – BELI ONLINE


CARA MEMBUAT:

1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.

2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.

3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Mohamad Arymin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN