Peminat makanan laut mesti suka kalau makan shell out di Uncle Crab. Restoran ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Apa yang menarik adalah shell out di sini menggunakan rempah ratus istimewa.
Jika anda ingin menikmati hidangan shell out, boleh cuba di sini. Uncle Spice Sauce pasti membuatkan anda teringat-ingat akan betapa sedapnya rasa shell out di sini. Terdapat tiga set berbeza shell out yang dinamakan Uncle’s Pack. Ada Slim Uncle, Big Uncle dan Fat Uncle. Penggemar makanan laut seperti ketam, udang galah, lala dan sotong pasti akan menyukai shell out dengan sos istimewa.
Ads
Inilah kelainan yang cuba dibawakan oleh Uncle Crab. Shell out dinikmati dengan sos istimewa. Hasilnya shell out lebih sedap dan rasanya cukup lengkap dengan adanya rasa masam, masin, manis dan pedas.
Ads
Tak terucap dengan kata-kata bila makan pisang goreng dengan aiskrim. Aduhai, sedap betul. Pulut mangga pun sedap. Di sini, kalau mangga masam, takkan dihidang pada pelanggan. Mereka cuba rasa dulu. Kalau manis, barulah mangga tu dihidangkan. Jadi korang jangan risau, memang manis mangganya.
Ads
Pulut mangga ni memang sedap.
Restoran ini boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa. Waktu operasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Pada hujung minggu pula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bulan puasa ni boleh tergugat iman bila tengok menu macam-macam, lazat dan menyelerakan. Kepada yang rindu nak makan lemang dan rendang, tak payah nak tunggu raya baru dapat makan. Nurul Sate Batang Pinang boleh memenuhi citarasa anda.
Bukan itu saja, kepada yang teringin nak makan sate daging yang lembut dan juicy, bolehlah cuba sate di sini. Pelanggan sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya. Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.
Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.
Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini beralih kepada perniagaan kedai makan.
“Restoran kami ni tercetus sebaik masa PKP. Walaupun mak saya asal dari Batu Pahat, tak terfikir pun nak buka restoran berkonsepkan sarapan Johor. Mungkin sebab dah biasa dengan menu-menu ini sebagai hidangan dalam keluarga, jadi kami fikir kenapa tidak hidangkan menu yang kami suka makan? Maka bermulalah journey training menyucuk sate. Import guru sate Puan Anita Heran dari Tongkang Pechah sebab nak belajar sendiri dari mula untuk buat sate sedap daripada Sate Master ni iaitu makcik sepupu saya. Kami nak pastikan yang sate yang dihidangkan ini autentik, Johor,”jelas pemilik.
Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang, Mi Kari Mama, Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.
Makan di sini suasananya sungguh nyaman umpama pulang ke kampung. Anda boleh nikmati makanan dengan penuh keselesaan.
Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus. Ia dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Selain itu ada juga menu Nasi Minyak Kahwin Lari dengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.
Sesiapa yang rindu nak makan nasi minyak, bolehlah cuba Nasi Minyak Kahwin Lari. Selain sate, lontong, soto, mi kari, nasi ayam dan nasi minyak, Laksa Johor, adalah salah satu menu kesukaan pelanggan di restoran ini.
Sempena bulan Ramadan, Nurul Sate Batang Pinang menyediakan Bufet Ramadan kepada anda dengan menu-menu asal juga beberapa menu sampingan yang tidak kurang ‘Umph’nya.
Yang seronoknya, anda akan dapat menikmati juadah berbuka di dalam suasana kampung dengan harga yang sangat berbaloi.
Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman.
Nurul Sate Batang Pinang
Alamat: Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor
Buka : dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.
Tempahan melalui talian: 016 359 5358 dan 019 9568944
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda berada di Cyberjaya, jangan lupa singgah ke Ruang Makan Abang iaitu destinasi yang menghimpunkan pelbagai jenis masakan seluruh Malaysia dan juga masakan barat. Anda pasti rambang mata kerana terlalu banyak jenis makanan dijual. Salah satunya adalah hidangan masakan Johor yang berada di Gerai Masakan Mama Cyberjaya.
Antara menu yang ada di gerai Masakan Mama Cyberjaya adalah Lempeng & Sambal Ikan Bilis, Lontong Goreng dan Soto Viral Tok Mak. Ketiga-tiga menu ini mendapat sambutan hangat penduduk setempat kerana rasanya yang sedap apatah lagi mengekalkan resipi tradisional yang diamalkan sejak turun-temurun.
Menurut pemiliknya, Intan Daud, Gerai Masakan Mama Cyberjaya bermula pada Mei lalu. Walaupun masih baru, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan sekali gus meyakinkan bahawa resipi turun-temurun daripada ibunya memenuhi cita rasa orang ramai.
“Inilah istimewanya menu di Masakan Mama Cyberjaya. Kami bawakan kepada pelanggan hidangan yang ibu kami masak untuk kami semua seisi keluarga. Ibu lebih mesra dipanggil mama atau nama sebenarnya Safiah Yusoff. Kawan-kawan mama lebih kenali mama dengan panggilan Madam Sofy,” ujar Intan.
Berasal dari Johor, hidangan soto dan lontong goreng memang tidak asing lagi. Mungkin lontong goreng masih asing di Lembah Klang namun Intan yakin dengan kuasa media sosial, menu di Masakan Mama Cyberjaya pasti boleh viral dan menjadikan setiap orang ingin mencubanya.
“Di Johor, soto memang banyak dijual dan senang nak dapatkan soto yang sedap. Namun soto yang mama masak tidak sama dengan soto yang lain. Inilah rahsia resipi soto yang kami namakan Soto Viral Tok Mak. Soto ini unik kerana rasa rempah ratus yang membangkitkan selera, kuahnya pekat dan rasa yang sedap. Resipi ni dah 30 tahun masa masak. Setiap kali ada tetamu datang ke rumah kami, mesti mereka akan minta mama masakkan soto. Mama pula selama ini memang ambil tempahan soto di sekitar kediaman kami di Batu Pahat. Sekarang giliran kami meluaskan masakan soto viral ni. Sekarang kalau nak rasa keenakan Soto Viral Tok Mak, bolehlah singgah di Gerai Masakan Mama Cyberjaya.
Set Lempeng & Sambal Ikan Bilis (RM2)
Lontong Goreng (RM8)
Soto Viral Tok Mak & Bergedel (RM8)
LOKASI: Ruang Makan Abang, Plaza Crystaville Lingkaran Cyberpoint Timur, Cyber 12, Cyberjaya
WAKTU OPERASI: 11.00 pagi hingga 3.00 pagi
WAJIB CUBA: Soto Viral Tok Mak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramadan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya kerana dulu saat berbuka hanya bersama keluarga. Kini lebih meriah bila dapat berbuka puasa ditemani sahabat handai dan kaum keluarga.
Mungkin ada yang berkira-kira nak berbuka di luar dengan menempah tempat di hotel, restoran mahupun warung untuk makan bersama di saat berbuka.
Anda yang mahukan sesuatu yang istimewa dalam suasana yang tenang dan tidak berebut, boleh memilih Restoran Kojo by 10 Gram yang berlokasi di Cyberjaya dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam untuk berbuka puasa.
Restoran ini menyediakan juadah berbuka puasa bertemakan bufet tetapi pada tawaran harga yang cukup berbaloi.
Dengan hanya RM69.90, tetamu berpeluang menikmati salah satu daripada 9 hidangan utama termasuk lebih 15 pilihan sampingan lain termasuk minuman panas dan sejuk yang disediakan di dua cawangan restoran ini sepanjang Ramadan.
Sembilan hidangan utama yang boleh menjadi pilihan tetamu itu ialah:
1) Nasi “10gram” with Deep Fried Wholeleg & Sambal
2) 12 Hour Smoked Beef Brisket with BBQ sauce
3) Wood smoked lamb leg with rosmary sauce
4) Roast chicken leg with blacl pepper sauce
5) Pan-seared salmon steak with lemon butter sauce
6) Mac & cheese with crispy chicken wing
7) Nasi minyak & ayam percik with papadom
8) Kambing bakar with sambal hitam
9) Ikan Saba bakar with sambal tumis & budu.
Salah satu daripada 9 hidangan menyelerakan ini boleh anda nikmati bersama-sama juadah berbuka puasa yang lain sebagai pelengkap bufet Ramadan di sini. Antara hidangan tersebut ialah, buah kurma, karipap, roti jala, tom yam, kuih ketayap, mi goreng, ceaser salad, popiah, buah-buahan dan beraneka kek, kopi, teh tarik, air sirap dan air oren.
Jadi, inilah masanya untuk makan sampai kenyang dengan pilihan juadah yang disediakan termasuk salah satu menu paling istimewa iaitu Nasi 10 Gram. Nasi 10 Gram dilengkapi dengan Nasi Minyak istimewa dan Ayam Goreng bahagian peha,papadom dan semakin enak dinikmati bersama dua jenis sambal pedas.
Bufet Ramadan istimewa ini bermula 4 April dari jam 6 petang setiap hari.Untuk tempahan sesi berbuka puasa, anda boleh hubungi/WhatsApp 011-1195 2825.Potongan harga istimewa akan diberikan kepada tetamu yang membuat tempahan awal.