Sedapnya Pepes Ayam Padat Dengan Isi, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Share

Pepes ayam atau dikenali juga dikenali sebagai sata ayam ini sangat sedap dinikmati. Gabungan bahan rempah dan balutan daun pisang itu menambahkan aroma kesedapan.

Rupa-rupanya mudah juga untuk menghasilkan sendiri pepes ayam di rumah. Tak cuba, tak tahu kan? Bila dah cuba, semakin nak buat lagi. Buat sendiri di rumah, puas hati. Kuantiti pun lebih banyak, boleh dinikmati berulang kali.

Perkongsian resipi pepes ayam daripada Nur Izzati Zulkifli ini cukup menyelerakan. Menurutnya, air tangannya ‘menjadi’ meskipun baru pertama kali membuatnya, cuma perlu perkemaskan cara lipatannya sahaja. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

Isi ayam (dikisar kering hingga lumat)

2 biji telur

5 biji bawang merah*

6 ulas bawang putih* – Boleh beli online di sini

1 inci halia*

1 inci kunyit hidup*

2 sudu besar jintan manis* – Boleh beli online di sini

2 sudu besar jintan putih* – Boleh beli online di sini

2 sudu besar ketumbar* – Boleh beli online di sini

3 batang serai*

1 senduk cili boh – Boleh beli online di sini

Daun pisang

Garam

Gula

Serbuk perasa 

½ kotak santan kotak (saiz kotak kecil) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Kisar kering isi ayam dan ketepikan bersama 2 biji telur.

Kisarkan pula semua bahan yang bertanda *.

Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan kisar tadi bersama 1 senduk cili boh (kecuali isi ayam dan telur).

Masak sehingga pecah minyak. Minyak tak perlu banyak, agak-agak saja.

Kemudian, masukkan setengah kotak santan.

Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Setelah masak, letakkan di dalam bekas. Ketepikan dan tunggu sehingga sejuk sedikit.

Apabila telah sejuk, campurkan pula dengan isi ayam yang telah dikisar tadi dengan 2 biji telur.

Gaul sehingga rata.

Potong daun pisang dan layurkan sekejap.

Letakkan sesudu adunan tadi di atas daun pisang, lipat dan staple atau cucukkan lidi.

Kukuskan selama 20 minit.

Dah siap kukus, bolehlah dibakar seketika.

Dah siap pepes ayam.  

Selamat mencuba.

Kredit: Nur Izzati Zulkifli

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN