Sedapnya Pengat Nangka Jagung Bersagu, Buat Hidangan Minum Petang

Share

Biasanya kita buat pengat nangka dan sagu, kali ini kita tambah sedikit jagung manis. Sedap tau. Sesuai dihidangkan ketika minum petang.

Kali ini, Ita Nitaly sudi berkongsi resipi Pengat Nangka dan Jagung Bersagu. Menurutnya, kebetulan dapat buah nangka daripada jiran. Jadi, terhasillah resipi ini. Sedap, rasanya manis-manis buah sahaja. Jom kita buat.

PENGAT NANGKA DAN JAGUNG BERSAGU

BAHAN-BAHAN:

1 biji nangka (ulasnya dicarik-carik)

2 tin jagung manis – Boleh beli online di sini

½ pek gula merah* – Boleh beli online di sini

1 cawan gula putih*

1 kotak besar santan – Boleh beli online di sini

1 mangkuk kecil sagu (direndam) – Boleh beli online di sini

2 helai daun pandan

Secubit garam

3 cawan air

*Bahan bertanda (*), larutkan seketika bersama 1 cawan air.

CARA MEMASAK:

Mode SF 160C sahaja.

Masukkan jagung manis bersama air gula, 2 cawan air dan daun pandan ke dalam periuk.

Biarkan mendidih, kemudian baru masukkan santan, nangka yang telah dicarik, sagu dan garam.

Biarkan seketika, baru off kan periuk.

Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Ita Nitaly

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN