Saffron Buns, dibuat dengan saffron atau koma-koma, dan sedikit serbuk pelaga. Sedap dimakan dengan teh panas.
Ada yang terus dimakan, ada yang disimpan dalam peti sejuk untuk hidangan lain hari.
Menerusi perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini, dia mendapat ilham resipi roti ini daripada sebuah blog Inggeris.
RESIPI CARA BUAT SAFFRON BUN
BAHAN-BAHAN:
250ml susu segar 1 sudu besar gula – beli online DI SINI 1 sudu kecil saffron atau koma-koma 10gm yis atau 1 paket (macam Mauri Pan) – beli online DI SINI 4 ½ cawan tepung gandum (all purpose flour) – beli online DI SINI ½ cawan gula 1 sudu kecil garam – beli online DI SINI 1 sudu besar isi buah pelaga yang telah dikisar
1.Panaskan susu, gula dan saffron. Bila gula dah larut dan susu dah berwap, matikan api. Sejukkan sebentar hingga suam kuku. 2.Masukkan yis. Kacau dan biarkan ramuan ini berbuih antara 5-10 minit. 3.Sementara itu, dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, gula, garam dan isi buah pelaga.
4. Bila adunan yis sudah berbuih, buat lubang pada adunan tepung, masukkan adunan yis dan susu. 5. Kacau semua bahan, bila dah bergaul, uli selama 10-20 minit, hingga adunan elastik dan tak melekat pada tangan. Biarkan adunan mengembang 2 kali ganda (antara 45 minit hingga 1 jam). 6. Bila adunan sudah mengembang, tumbuk dan bahagikan adunan pada 10-12 biji. Buat seperti tali, bentukkan “S”.
Ads
7. Biarkan ia kembang kembali dalam setengah jam. Sapukan telur dan letak raisin (saya gunakan cranberries) yang telah direndam dalam sedikit air dan jus lemon. 8. Panaskan ketuhar 180C. Bakar antara 15-22 minit.
Kuih talam yang lembut dan sedap dikunyah memang menjadi kegemaran ramai. Tapi bila dibuat berlauk dengan ramuan daging dan rencah serbuk kari, memang padu sangat rasanya.
Boleh dimasak untuk sarapan mahupun minuman petang. Memang super sedap dan nikmat,jom semak resipi Nurul Shazwani Abd Mutalib. Siap dengan bawang gorengnya.
TALAM BERLAUK KARI
(size 10×10)
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan talam :
2 cawan tepung gandum
6 sudu makan tepung jagung
6 cawan santan
2 sudu kecil garam
2 biji telor
Bahan inti lauk daging :-
1 biji bawang kuning | dipotong dadu
2 ulas bawang putih | dipotong dadu
2 biji kentang | dipotong dadu
200gm daging cincang
1 sudu besar pes cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun sup | dihiris nipis
Cili merah | dihiris nipis
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Cara masak inti daging :
1. Panaskan minyak dalam dua sudu besar. Kemudian tumis bawang hingga layu.
2. Kemudian masukkan pes cili kering dan serbuk kati hingga pecah minyak.
3. Kemudian baru letakkan daging cincang, masak hingga daging empuk dan lembut, masukkan kentang hingga masak hingga semua sebati.
.
4. Kentang tak perlu tunggu sampai empuk sebab nanti bila dikukus ia akan lembut
5. Perasakan dengan garam dan gula
Masak Talam :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kemudian tapiskan kat dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap dalam tiga minit dah okay tuang atas loyang berukuran 10×10 yang sudah dialas plastik
.
3. Panaskan pengukus dan kemuidan kukus 20 minit, dah masak cakar-cakarkan kemudian taburkan lauk daging tadi di atas tepung talam tu.
.
4.Taburkan cili merah yang telah dihiris nipis dan daun sup. Kukus balik 10 minit, kemudian kukus lagi 5 minit lagi tanpa penutup pengukus. Siap untuk dihidang.
Kredit : nurul shazwani abd mutalib
FB : RESEPI DARI DAPUR FARIDA 2
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian lauk masak lemak sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tua, muda, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum juga menggemarinya. Sajian ini juga ada pelbagai versi. Setiap negeri, ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Anda suka lauk masak lemak? Koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI LAUK MASAK LEMAK YANG SEDAP & MUDAH MASAK
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
8 tangkai Cili hidup merah
15 tangkai cili padi hijau – boleh kurangkan jika tidak tahan pedas
1/2 inci kunyi hidup
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
Masukkan ayam, ubi kentang dan santan cair. Kacau dengan api perlahan sampai mendidih.
Kemudian masukkan santan pekat. Tunggu sampai mendidih lagi sekali.
Masukkan tomato dan tabur daun kunyit. Jika pekat sangat, tambah air ikut selera masing masing.
Kredit resipi & foto: Mastura Mukhtar
2. KETAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ketam – dibersihkan
1 batang serai
Asam keping
1/2 biji santan
Garam dan gula secukup rasa
Perencah hilal
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Kunyit hidup / serbuk kunyit
Cili merah / cili padi
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan serai serta asam keping. 2. Masukkan sedikit air dan ketam. 3. Akhir sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan. Kacau rata. 4. Jika suka, boleh masukkan daun kunyit. Boleh juga guna udang atau lala.
Kredit Resepi & foto: Hasnorfadila Kadir
3. MASAK LEMAK CILI API PERUT
BAHAN-BAHAN:
Perut lembu / kambing – dicuci, dipotong kecil dan direbus hingga lembut.
Segenggam cabai Melaka (25-30 biji) – kisar
2 inci kunyit hidup – kisar
2 biji bawang merah (tak boleh banyak @boleh pilih untuk tidak masukkan langsung- kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus sayur jeruk maman – dibasuh
Santan pekat segar
Santan kotak KARA
Serbuk krimer santan (setengah pek)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar (tanpa minyak) ke dalam periuk. 2. Masukkan perut yang telah direbus. Kecutkan dalam bahan yang dikisar kira-kira 3 minit. Masukkan juga serai yang diketuk. 3. Masukkan santan segar (tinggalkan sedikit untuk dimasukkan ketika hampir masak). 4. Masukkan santan kotak dan krimer santan yang dibancuh bersama air suam. Kacau sentiasa dengan api perlahan agar tidak berketul. 5. Masukkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan. Masukkan juga garam dan secubit gula. 6. Masukkan sayur maman ketika kuah telah mendidih. Tunggu kira-kira 5-10 minit (sayur maman takkan hancur). 7. Masukkan baki santan segar. Kacau. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
Kredit resipi & foto: Faisal Mustafa
4. KELI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ikan keli – bersihkan dan goreng terlebih dahulu
Cili padi – kisar
Kunyit hidup – kisar
Santan
Asam keping
Garam, gula dan perasa secukupnya
Hirisan timun
Daun kunyit
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan santan hingga halus. Tuang ke dalam kuali.
2. Masukkan asam keeping, garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
3. Masukkan hirisan timun dan daun kunyit. Masak seketika kemudian tambahkan ikan yang telah digoreng.
4. Masak sebentar dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Farah Emylia
5. SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat – boleh tambah
1 keping asam gelugur
2 batang serai – dititik
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia *
Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili . Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu . 2. Tumbuk semua bahan sampai lumat . 3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi. 4. Masukkan santan, serai dan asam keping. 5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak . 6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .
Kredit Resipi & Foto: Nanie Khuzaifah
6. LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
1 batang serai | titik
500 ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 hirisan halia
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik. 2. Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana. 3. Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga. 4. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah masak, tutup api dan hidangkan
7. IKAN SARDIN GORENG MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
2 tin sardin
1 labu bawang merah – tumbuk
4 ulas bawang putih – tumbuk
1 batang serai – ketuk
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Santan fresh (1 biji kelapa) @ 1/2 kotak santan
Cili padi secukupnya – tumbuk
1 ulas asam keping
Isi kunyit @ serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Asingkan ikan sardin dengan sos. Ambil ikan sahaja. Sos sardin diketepikan dan tak perlu guna. 2. Goreng ikan separuh masak terlebih dahulu. Dah siap, ketepikan. 3. Masukkan bahan tumbuk, serai, daun kunyit, santan dan air. Masak sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah.
4. Masukkan ikan yang di goreng tadi dan letak garam secukup rasa. Kacau sekejap dan tutup api.
Kredit resepi & foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad
8. LEMAK KENCUR / IKAN KELI MASAK LEMAK CEKUR
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan keli – dicuci bersih
BAHAN TUMBUK:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan – kalau ubinya kecil, guna dalam 2,3,4 ketul. lebih pun tak apa, lagi sedap.
5-10 biji cili api – ikut kepedasan
Asam keping
1 kotak kecil santan
Sedikit lada hitam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Aji
BAHAN HIRIS:
Daun cekur
Daun limau purut
Daun kunyit – disimpul
CARA MEMASAK:
1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar 3/4 masak atau digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan tumbuk.. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan asam keping dan santan. Tambahkan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan sedikit lada hitam.
5. Masukkan ikan keli yang dibakar tadi.. tambahkan air jika perlu.
6. Kemudian masukkan daun-daun yang dihiris. Masak seketika dah boleh tutup api. Siap.
Kredit resipi & foto: Nurhasanah Ismail
9. MASAK LEMAK CILI API UBI KELADI
BAHAN-BAHAN:
Ubi keladi – buang kulit & potong
Sedikit ikan bilis – ditumbuk kasar
Santan secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
Cili api secukupnya
Bawang merah
Kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, ikan bilis dan ubi keladi ke dalam periuk. Masak hingga ubi empuk.
2. Masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Masak hingga santan masak dan siap sedia untuk dimakan. Lagi pekat kuah lagi sedap.
Siapa yang boleh menolak hidangan yang rangup di luar dan lembut di dalam, dengan sosej berbalut keju yang meleleh? Cheesy Roti Sosej Roll ni antara resipi yang mudah dan paling cepat untuk sahur. Anak-anak pasti suka. Gunakan keju Chesdale yang tinggi dengan kalsium dan protein. Baik untuk tumbesaran ank-anak.
CHEESY ROTI SOSEJ ROLL
Bahan-bahan:
9 keping roti putih
9 keping keju Chesdale
9 batang sosej
2 sudu besar mayones
1 biji telur
1 cawan breadcrumbs
Cara Memasak:
Rebus sosej hingga masak dan sejukkan.
Leperkan roti dan sapukan mayones.
Letakkan keju Chesdale di atas roti, diikuti dengan sosej lalu gulungkan roti dengan kemas.
Celup roti di dalam telur dan golekkan di dalam breadcrumbs.
Goreng roti di dalam minyak panas hingga kekuningan.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!