Sedapnya Ketupat Jagung Bungkus Dalam Daun Jagung, Menarik!

Share

Jika sebelum ini kita biasa melihat ketupat jagung dibungkus menggunakan daun palas. Tetapi, kali ini ianya dibungkus dalam daun jagung itu sendiri. Menarik, bukan?

Ketupat jagung ini enak dinikmati bersama serunding daging, rendang mahupun kuah kari.  

Ikuti resipi yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis ini. Memang menarik! Menurutnya, ini juga salah satu idea baru bagi yang ingin berniaga ketupat. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

1kg beras pulut (direndam 3 jam, jika pulut susu 1 jam) – Boleh beli online di sini   

1 kotak santan (kecil) – Boleh beli online di sini

2 tongkol jagung (ambil isinya)

1 cawan air

Garam (secukup rasa) – Boleh beli online di sini

1 sudu gula (jika suka)

5 sudu minyak masak – Boleh beli online di sini

Daun jagung secukupnya

CARA MEMASAK:

Kukuskan pulut selama 20 minit.

Sementara itu, satukan santan, air, garam, gula, minyak, dan isi jagung. Kacau rata.

Selepas 20 minit, masukkan pulut yang masih panas ke dalam bahan santan tadi. Gaul rata sehingga betul-betul meresap kesemuanya.

Kemudian, balutkan dengan daun jagung. 

Tali ikat pada daun jagung itu adalah daripada daun jagung yang disiat-siat.

Akan jadi begini.

Kukus semula selama 20 minit.

Dah siap.

NOTA: Masa mengukus bergantung pada tahap masak dan boleh tambah masa.

Sedia untuk dinikmati bersama serunding.

Kredit: MariaKhalisya Khalis

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN