Sedapnya Ikan Masak Bawang Asam, Tak Sedar Makan Berpinggan-pinggan

Share
Ikan Masak Bawang Asam ini lauk paling senang hendak dimasak. Bahan-bahannya pun ringkas sahaja. Nak masak pun tak renyah. Campak-campak je dah boleh dapat lauk yang sedap. Jom kita cuba masak Ikan Masak Bawang Asam seperti yang dikongsikan resipinya oleh Khairul Hakimin Muhammad
RESIPI IKAN MASAK BAWANG ASAM
BAHAN-BAHAN:
7-10 ekor ikan kembung atau selar atau sardin. Terpulang.
2-3 biji tomato separa masak
3 tangkai daun kari
5 biji bawang merah India
1 senduk cili kering kisar
1 sudu besar halba campur (jintan manis, halba, biji sawi)
2 ulas bawang putih – beli online
1 inci halia – beli online
2 biji cili hijau besar – beli online
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam – beli online
BAHAN UNTUK MENGGORENG:
2 susu besar serbuk cili – beli online
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online
Sedikit garam

CARA MEMBUAT:

1. Gaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan.

2. Goreng dalam minyak yang panas.

3. Angkat dan ketepikan.

4.  Guna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Gunaka sedikit minyak sahaja.

5.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sampai layu sedikit.

6.  Masukkan halba campur. Tumis lagi.

7.  Masukkan sesenduk cili kering kisar.

8.  Masukkan pes asam jawa.

9. Kalau pekat sangat masukkan sedikit air.

10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

11. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ikan goreng tadi.

12. Balik-balikkan ikan. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN