Sedapnya Asam Pedas Ikan Salmon, Kuah Pekat & Rasanya Gerenti Kawww

Share

Resipi Asam Pedas memang cukup terkenal di Melaka. Ada berbagai jenis versi Asam Pedas namun ia terpulanglah kepada kita untuk mengolahnya. Jika biasanya kita masak Asam Pedas menggunakan ikan laut seperti tenggiri, ikan merah, ikan kembung dan sebagainya, kali ini kita cuba pula masak Asam Pedas Ikan Salmon. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Rozi Abdul Razak

ini.

RESIPI ASAM PEDAS IKAN SALMON

BAHAN-BAHAN:

Ikan salmon
Cili kering kisar – beli online
Bawang besar/merah kisar
Air
Air asam jawa
Daun kesum – beli online
Bunga kantan
Serai
Garam – beli online
Kiub ayam
Tomato

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan bawang besar/merah yang dikisar.

2. Apabila sudah naik minyak, masukkan air asam jawa dan ikan salmon.

 

3. Masukkan pula sedikit air dan serai.

 

 

4. Bila sudah agak menggelegak, masukkan garam dan sedikit kiub ayam.

5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.

 

6. Bagi yang gemarkan belacan, boleh letak sedikit. Akhir sekali masukkan tomato.

 

 

Sumber kredit: Rozi Abdul Razak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN