Antara pengalaman menarik melancong ke Vietnam adalah menikmati Street Food nya yang bermacam-macam dan sedap belaka. Antaranya, Banh Xeo dan Bahn Mie  ia sangat sedap dan murah. Tapi kalau teringin, tak perlu tunggu sehingga dapat pergi Vietnam, boleh je buat sendiri. Nak resipi tak ada masalah admin kongsikan. Ini dia, jangan tak cuba sebab admin jamin gerenti sedap.

Sedapnya Appetizer Vietnam! Nak Rasa Tak Perlu Ke Vietnam, Buat Sendiri Je…

BANH XEO – CREPE PEDAS VIETNAM

BAHAN UNTUK CREPE:

  • 2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 1 sudu makan kicap ikan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 pokok daun bawang  | hiris halus

BAHAN ISIAN:

IKLAN
  • 300gm udang | buang kulit dan cincang
  • ½ biji bawang holland | cincang halus
  • 1 cawan tauge
  • 3 pokok daun ketumbar | hiris
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sos Cili Thai secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air, santan dan sos ikan. Kacau hingga campuran sebati, tidak berketul.
  3. Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali leper
  4. Tumiskan bawang Holland, udang kemudian tambah tauge di dalamnya,
  5. Perasakan dengan sedikit garam. Tutup api.
  6. Seterusnya, oleskan  minyak dalam kuali leper. Kemudian biarkan panas.
  7. Tuangkan setengah bancuhan crepes. Apabila crepes mula keras dan ranggup masukkan sedikit minyak lagi di sekeliling tepi crepes.
  8. Gunakan spatula, perlahan-lahan pastikan crepes tidak melekat pada kuali.
  9. Seterusnya taburkan di atasnya dengan campuran udang tadi.
  10. Apabila crepes betul-betul ranggup, lipatkan crepes hingga separuh bulatan.
  11. Masukkan di dalamnya tauge, daun ketumbar, daun bawang dan picitkan sedikit Sos Cili Thai di dalamnya.
  12. Crepes sedia dihidangkan.

Sedapnya Appetizer Vietnam! Nak Rasa Tak Perlu Ke Vietnam, Buat Sendiri Je…

BAHN MIE – SANDWICH VIETNAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang roti baguette | belah dua
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus memanjang
  • 1/2 batang timun | hiris halus memanjang
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Daun Salad secukupnya
  • Tomato secukupnya
  • Hirisan daging panggang

BAHAN SOS:

IKLAN
  • Sedikit hirisan cili padi
  • 1/2 biji lemon | ambil  jus jus
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Panggang seketika roti Baguette yang telah dipotong tiga dan dibelah dua.
  2. Sapukan mayones di bahagian belahan roti.
  3. Kemudian sediakan bahan sos.
  4. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
  5. Kemudian gaulkan bersama bahan hirisan tadi, gaul rata seperti salad.
  6. Isikan di atas roti yang disapu mayones, kemudian letakkan hirisan daging panggang.
  7. Akhir sekali letakkan roti bahagian atas, kemudian segera hidangkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI