Sedap & Tak Lembik. Ini Resipi Kuih Sagu Yang Comfirm Jadi.

Share

Kuih Sagu antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Ada yang cuba, tapi kuihnya jadi terlalu keras, terlalu lembik dan tak sedap. Jangan susah hati kerana RASA kongsikan resipi Kuih Sagu mudah buat anda. Resipi ni perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja.

 

RESIPI KUIH SAGU SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Sagu
  • Gula secukupnya – kemanisan ikut cita rasa masing-masing
  • Sirap secukupnya – untuk warna
  • Kelapa parut – untuk menyalut sagu

(Kuantiti ikut citarasa masing-masing)

CARA MEMASAK:

1. Rendam sagu selama sejam. Dah kembang, toskan sekejap.

2. Masukkan sagu ke dalam loyang. Tambahkan gula (ikut kemanisan yang disukai) dan masukkan sirap pun ikut tahap mana nak. Kalau nak warna terang,letak lebih Gaul rata.

3. Dah siap gaul, sagu akan jadi macam ni. Tak perlu tambah air.

4. Panaskan periuk kukusan dan kukus sagu hingga bijinya menjadi berkaca atau berkilat.

5. Bila dah siap, tutup api dan sejukkan.

6. Potong sagu mengikut saiz yang dikehendaki.

7. Gaul dengan kelapa Jika guna kelapa parut tua, kukus seketika. Jika guna kelapa parut muda, tidak perlu kukus. Hanya gaul kelapa dengan sedikit garam sahaja.

8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nor Shakinah Md Zainal

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN