Sedap & Harum Semerbak Bau Lepat Bunga Cica, Hanya Empat Langkah Mudah Je Dah Siap Masak

Share

Bunga Cica bukan sekadar cantik dan berbau harum tetapi ia juga boleh digunakan sebagai bahan masakan. Biasanya bunga cica ini banyak terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Bunga cica ini ‘hadir’ mengikut musim. Jangan tak tahu ya, ini salah satu bahan membuat lepat yang amat enak dimakan. Bau bunga cica yang wangi, menambah selera ketika menikmati lepat yang dicampur dengan bunga cica. Ini resipi cara buat Lepat Bunga Cica yang dikongsikan oleh Anna Aqiesya

RESIPI LEPAT BUNGA CICA

BAHAN-BAHAN:

1/2 cawan tepung pulut –BELI ONLINE
1/2 cawan tepung gandum – BELI ONLINE
1 cawan gula (agak-agak manis sahaja) –BELI ONLINE
1 biji kelapa parut
Bunga cica
Garam secukup rasa

*Daun pisang (dilayur)

Inilah bunga Cica.

CARA MEMBUAT:

1. Campur dan gaul semua bahan.

2. Sudukan di atas daun pisang yang sudah siap dilayur.

3. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama lebih kurang 30 minit adunan yang sudah disudukan dalam daun pisang.

4. Siap. Enak dijadikan sajian pencuci mulut.

5. Beginilah hasil lepat bunga cica yang sudah sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Sumber kredit: Anna Aqiesya via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN