Masakan bercili dan bersambal terutamanya yang guna cili kering, memang susah nak agak tahap kepedasannya. Takkan nak gigit dulu cili tu sebelum beli. Ada kala, beli cili rasa tak pedas. Bila stok habis, beli lagi cili, haihhh..pedas berapi. Susah sungguh! Jika anda alami masalah masakan terlajak pedas ni, ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk mengurangkan kehangatannya. Nanti boleh cuba.
6 PETUA KURANGKAN PEDAS DALAM MASAKAN
1. LETAK GULA
Paling biasa! Jika masakan terlalu pedas, mak-mak kita akan tambah gula bagi mengurangkan rasa menyengat cili. Jumlahnya bergantung kepada citarasa anda. Sebaiknya, letak sedikit demi sedikit dan rasa. Bukan apa, bimbang terlebih manis nanti tak sedap juga. Selain gula, anda juga boleh tambah madu atau aneka pemanis yang lain.
IKLAN
2. TAMBAH ASAM JAWA
Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa pedas melampau ni dengan menambah perasa masam. Jika buat sambal tumis, anda boleh masukkan air asam jawa ataupun asam gelugur. Jika anda menyediakan sambal belacan, boleh tambah perahan lemon, limau nipis atau cuka.
3. HIRISAN UBI KENTANG
Masukkan hirisan ubi kentang di dalam masakan dan masak bersama sehingga empuk. Ubi kentang mampu menyerap rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan yang disediakan. Bagus kan? Ingatkan ubi kentang ni boleh kurangkan rasa masin je.
IKLAN
4. TAMBAH SANTAN
Jika sambal tumis anda terlajak pedas, boleh juga mengurangkan tahap kepedasan dengan menambah sedikit santan. Selain mengurangkan rasa pedas, ia boleh membuatkan masakan anda terasa lebih lemak dan pekat.
5. GUNA BAWANG BESAR
Bawang besar terutamanya bawang Holland mempunyai rasa yang manis. Oleh itu jika ditambah dalam masakan pedas, ia dapat menyeimbangkan rasa. Jumlahnya pula bergantung kepada kesesuaian hidangan. Cubalah. Pasti ada bezanya.
IKLAN
6. MASUKKAN TOMATO
Yang ni pula sesuai untuk masakan seperti sambal tumis yang menggunakan cili padi serta sambal belacan. Bila masak guna cili segar ni faham-fahamlah. Laju je masuk dalam pengisar. Bila dah ditumis atau dicuba, wahh..Pedas tak terkata. Jadi, untuk kurangkan pedas tu bolehlah gunakan buah tomato. Untuk masak sambal yang bergoreng, boleh tambah kisaran tomato manakala untuk sambal belacan, masukkan hirisan buah tomato yang telah dipotong kecil. Rasa tomato yang masam-masam akan mengimbangi rasa pedas malah menjadikannya lebih sedap!
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Keju mozzarella, pasti terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan. Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
Langkah 1:
Sediakan Bahan-Bahan:
300ml penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Beras basmathi, beras panjang dan sedikit mahal yang diberasal dari India dan Pakistan memang sangat sesuai untuk korang yang nak diet kerana ia kurang kandungan glikemik dan karbohidrat. Selain itu, beras basmathi juga mampu memberikan korang rasa kenyang lebih lama. Selain manfaat ini, berikut RASA kongsikan lima lagi manfaat kepada korang semua.
Melancarkan Sistem Pencernaan
Jika korang makan beras basmathi secara rutin ia membantu sistem pencernaan, Hal ini berlaku kerana beras basmathi mempunyai serat larut yang membantu pembersihan usus pelancaran bahan pencernaan. Secara tidak langsung ia membantu mengatasi masalah sembelit.
Menjaga Kesihatan Jantung
Selain mencegah kanser, mengambil beras basmathi secara rutin baik juga untuk kesihatan jantung. Sebabnya, kadar kandungan lemak lemak tepunya lebih rendah berbanding berasa lainnya, kandungan serat yang tinggi juga baik untuk kelancaran sistem kariovaskular.
Mencegah Alzheimer Dan Demensia
Beras basmathi juga bagus untuk kesihatan otak, secara tidak langsung ia mencegah penyakit yang berkaitan dengan kesihatan otak Alzheimer dan demensia. Kandungan ‘tiamin’ terkandungan dalam beras ini membantu meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi dan juga membantu fungsi positif dalam system saraf.
Mencegah Pembentukan Sel Kanser
Tahukah korang bahawa kandungan serat dalam beras basmathi lebih dari 20% berbanding beras biasa. Dengan tingginya kandungan serat ia membantu mencegah sel kanser . Jika anda mengambil beras basmathi maka korang kuranag berisiko mendapat kanser, terutamanya kanser payu dara dan usus.
Menurunkan Tekanan Darah Tinggi.
Selain menjaga kesihatan jantung, rutin mengambil berasmathi juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengambil beras basmathi jenis perang kerana kandungan potassium dan magnesium terkandung dalam beras jenis ini. Jadi korang boleh amalkan beras basmathi dalam rutin diet korang.
Bagi penghidap Asthma memang banyak pantang larang makannya. Jika tersilap makan ia boleh mencetus asthma pulak. Ni min nak kongsikan makanan yang elok dimakan oleh penghidap penyakit ini.
Buah-buahan dan sayur-sayuran ini memang digalakkan menjadi hidangan untuk penghidap penyakit ini. Yang penting pilihan makanan sihat ini boleh menyumbang kepada merendahkan serangan penyakit.
1.AVOKADO
Makanan sihat untuk penderita Asthma yang baik adalah buah avokado. Ia memang dikenali dengan khasiatnya untuk mencantikkan kulit. Jusnya juga dipercayai dapat membantu meringankan gejala asthma. Kandungan glutathione nya tinggi dan ini diyakini terbukti dapat melindungi sel dari kerosakan akibat radikal bebas dan mampu memberi kesan detoks kepada tubuh.
Avokado juga merupakan sumber dari vitamin E yang baik terutama untuk penghidap asthma yang alergi dengan kacang. Kacang juga adalah sumber vitamin E yang bagus, tapi tak boleh dimakan sangat oleh penderita asthma.
2. PISANG
Pisang dikatakan berkhasiat membantu menguatkan sistem pernafasan. Kanak-kanak yang makan satu pisang sehari dikatakan 34 peratus keberangkalian lebih rendah dari mengalami gejala asthma. Pisang adalah salah satu sumber terbaik dari pyridoxine atau dikenali vitamin B6. Ia berperanan penting dalam pengeluaran molekul yang membantu jaringan otot bronkus menjadi rileks.
3. PUCUK BROKOLI
Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan pucuk brokoli selama tiga hari berturut- turut menunjukkan antioksidan yang signikan untuk mengawal keradangan saluran pernafasan di kalangan penghidap asthma.
4. BAYAM
Bayam mengandungi nutrisi untuk melawan penyakit asthma. Ia mengandungi sejumlah khasiat yang penting untuk mencegah penyakit asthma seperti beta karoten, vitamin C, vitamin E, kalium dan magnesium.
5. KIWI
Buah kiwi juga tersenarai makanan sihat untuk penghidap asthma terutamanya kanak-kanak kerana dapat membantu anak-anak yang mengalami gejalah masalah pernafasan. Ia mengandungi vitamin C yang tinggi. Buah kiwi berfungsi membantu menngurangkan sesak nafas, selsema dan batuk.
6. BIJI FLAKS (FLAXSEED @ LINSEED)
Biji flaks atau flaxseed adalah mineral yang banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang berkhasiat untuk mengurangkan gejala asthma.Ia juga dikenali sebagi biji rami. Ia sarat dengan mineral untuk membantu rawatan asthma seperti kalium, selenium dan magnesium. Biji rami dan minyaknya juga adalah salah satu sumber terbaik asid lemak omega 3 yang bersifat menentang asthma kerana bersifat anti-inflamasi.
7. ROSEMARY.
Daun rosemary dapat membantu meringankan gejala asthma kerana ia mengandungi anti oksidan dan anti inflamasi yang kuat. Kekuatan anti oksidannya iaitu asid rosmarinic diyakini lebih kuat daripada vitamin E. Ia mendorong sel untuk membantu menjaga saluran udara pada paru-paru agar tetap melebar. Siapa sangka ya herba untuk menyedapkan daging ini hebat juga untuk kesihatan.
8. BAWANG PUTIH
Sejak zaman dahulu kala lagi bawang putih diakui mampu membantu menyembuhkan penyakit. Kajian perubatan terbaru menemui bahawa bawang putih efektif menjaga kesihatan kardiovaskulat, mencegah kanser dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga mempunyai enzim tertentu yang menghasilkan zat inflamasi. Mengandungi kalium, vitamin C, kalium dan selenium .
9. BIJI BUNGA MATAHARI
Biji bunga matahari kaya khasiat anti asthma kerana banyak mengandungi vitamin E, potasssium, selenium dan magnesiu yang diperlukan untuk mencegah dan merawat penyakit asthma.
10. EPAL
Satu kajian menunjukkan epal memiliki beberapa khasiat dipercayai dapat mengubati asthma. Salah satu kajian menemui wanita hamil yang memakan epal dapat melindungi anak mereka dari asthma. Buah epal banyak mengandungi bio flavonoid yang diketahui memiliki anti histamin, anti oksidan dan anti inflamasi.
11. UBI KELEDEK
Ubi keledek adalah sayuran yang paling berkhasiat dan sangat baik untuk diet. Ia juga mengandungi vitamin C , kalium, protein dan memiliki sifat anti oksidan yang signifikan.
12. HALIA
Halia adalah salah satu herba tertua di dunia yang dipercayai dapat membantu mencegah dan meringankan gejala asthma. Halia juga mengandungi zat anti inflamasi yang kuat dan juga memberikan rasa khas yang juga berkhasiat untuk meredakan keradangan.
13. KUNYIT
Banyak digunakan sebagai salah satu perubatan tradsional terutamanya di sebelah Asia. Ia kerap gigunakan untuk merawat asthma. Ia memiliki sifat anit-inflamasi yang sangat kuat.
14. TOMATO
Tomato memiliki kandungan yang luar biasa untuk mencegah dan mengurangkan gejala asthma. Estrak tomato kaya dengan lycopene. Penderita asthma memiliki risiko lebih rendah mengalami radang paru- paru. Ia juga mengandungi beta karoten dan vitamin C serta sejumlah besar kalium. Jadi tak hairanlah jika tomato menjadi salah satu makanan sihat yang sangat baik untuk penderita asthma.
15. KALE
Kale adalah dari keluarga kubis yang daunnya berwarna hijau atau ungu. Bukan sekadar vitamin C ia juga mengandungi ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) yang berfungsi memerangi radikal bebas yang boleh menyebabkan penyempitan pada otot saluran pernafasan.
16. LOBAK MERAH
Min percaya anda selalu dengan lobak merah baik untuk penglihatan, tetapi tahukah anda ia juga boleh membantu orang yang menghidapi serangan asthma. Dalam satu kajian wanita yang banyak makan lobak merah memiliki risiko 20 peratus lebih rendah daripada menderita asthma berbanding wanita yang jarang makan lobak merah. Lobak merah juga kaya dengan beta karoten dan vitamin C.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...