Sawi Jeruk Homemade Terjamin Kebersihannya

Share

Anda peminat sawi jeruk? Kalau membeli tu kita sendiri tak tahu sejauh mana kebersihannya. Boleh cuba buat sendiri ikut langkah ini. Lepas ni tak payah lagi beli jika dah mahir membuatnya.

SAWI JERUK

Cara membuat:

1.Sawi patt choy dicuci bersih toskan dulu.

2.Sebelum tu saya siapkan air basuhan beras yang saya simpan (pagi tadi masak nasi air beras saya ambil masuk bekas)

3.Sawi tadi dijemur bawah cahaya matahari.Kena balik-balik supaya serata layunya.

4.Kemudian ramas-ramas sawi dalam bekas dengan 2 atau 3 genggam garam kasar.

5.Gaul rata sambil ramas sawi tu garam tak payah cuci terus masuk semua dalam botol nanti.

6.Jadi kecut begini.

7.Masuk dalam botol tuang air beras tadi.

8.Masukkan sedikit kunyit serbuk.Tutup simpan atas meja selama 10 -14 hari.Air tak payah tukar biarkan, cuma 2 hari sekali kena balik balikkan sawi tu yang atas ke bawah,bawah ke atas agar jeruk tu akan jadi serata warnanya.

9.Hari yg ke 11.

10.Bila dah 14 hari, tapis buang airnya masuk bekas simpan dalam peti ais supaya tahan lama.Sedap masak asam pedas atau masak lemak cili padi.Hiris nipis-nipis sawi jeruk ni. Hiris bawang besar.cili padi.ikan bilis, nak pecah telur pun boleh makan dengan nasi panas.

Kredit: Aishah Ismail

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN