
Kadang-kadang, lauk paling ringkas itulah yang paling kita rindu. Tak perlu bahan mahal, tak perlu teknik rumit, cukup dengan apa yang ada di dapur tetapi hasilnya tetap boleh buat kita tersenyum puas bila makan. Salah satu menu ‘penyelamat’ yang sentiasa jadi pilihan ramai ialah Sardin Goreng Bawang Cili.
Resipi ini sangat dekat dengan kehidupan seharian. Bila balik kerja penat, bila idea nak masak dah habis atau bila hujung bulan menjelma, sardin memang jadi hero dapur. Tapi jangan pandang rendah. Bila dimasak dengan cara yang betul, sardin boleh bertukar jadi lauk yang padu, beraroma dan cukup menyelerakan.
Sardin dalam tin memang praktikal. Mudah disimpan, tahan lama dan cepat dimasak. Dari segi rasa pula, sardin dah memang berperisa. Jadi kita cuma perlu ‘naikkan’ lagi rasanya dengan bahan-bahan ringkas seperti bawang, cili dan sedikit asam.
Inilah kelebihan utama menu ini. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah sesuai untuk semua peringkat umur. Nak pedas lebih, boleh tambah cili. Nak masam sikit, perah lemon atau limau nipis. Fleksibiliti inilah yang buat menu ini kekal relevan dari dulu sampai sekarang.
Untuk mendapatkan rasa yang betul-betul padu, ada beberapa langkah kecil yang penting. Pertama, ikan sardin perlu digoreng hingga garing dahulu. Langkah ini bukan sekadar untuk tekstur, tapi untuk buang bau hanyir dan beri rasa lebih ‘deep’ pada ikan.
Bila sardin dah sedikit rangup, barulah sedap bila digaulkan dengan bawang dan cili. Bawang holland dipilih kerana rasanya yang sedikit manis. Bila ditumis bersama cili padi merah dan hijau, bau wangi dia memang boleh buat perut terus lapar.
Cili padi pula bukan saja bagi pedas, tapi naikkan aroma keseluruhan hidangan. Kuah sardin jangan dibuang sepenuhnya. Gunakan sedikit sahaja, cukup untuk bagi rasa berjus dan ‘melekat’ elok pada ikan. Akhir sekali, perahan lemon memang jadi penyeimbang rasa supaya lauk ini tak muak walaupun dimakan dengan nasi panas.
Tak perlu keluar beli barang pelik-pelik. Inilah antara sebab menu ini sering jadi pilihan ketika kesuntukan masa.
Sardin Goreng Bawang Cili memang paling sedap dimakan bersama nasi putih panas. Kalau nak lebih ‘kick’, boleh tambah telur mata atau sayur ringkas sebagai pelengkap. Menu ini sesuai untuk makan tengah hari, makan malam atau dijadikan lauk cepat bila tetamu datang secara mengejut.
Paling penting, resipi ini membuktikan bahawa tak perlu masak rumit untuk makan sedap. Dengan bahan ringkas dan cara yang betul, lauk biasa pun boleh jadi luar biasa. Sekali cuba, besar kemungkinan menu ini akan jadi lauk ulang-ulang di rumah anda.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: