Masyarakat Arab memang suka makan yang manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka meletakkan rempah seperti kayu manis,saffron. Dan yang mereka suka adalah meletak kekacang seperi badam, gajus , pistachio dan lain-lain.

Ada juga suka mencampurkan dengan buah-buahan kismis, kurma , prun dan apricot. Ni min kongsikan 2 resipi pudding roti gaya Arab dan Umm Ali. Keduanya adalah pudding roti tetapi sentuhan yang sedikit berbezas

Resipi : dohadimataku.wordpress.com.

  1. PUDING ROTI GAYA ARAB (dikukus)
Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Sedap Makan Petang Nanti…
Foto : dohadimataku.wordpress.com

BAHAN-BAHAN :

  • 4 keping roti
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 tin susu cair ideal- 375ml @ susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan cornflakesKismis, badam, gajus | ikut suka hati nak letak banyak mana… } bahan kering
  • 2 biji aprikot (dihiris), 2 biji kurma (dihiris), 2 biji buah tin (dihiris)    } bahan kering

kalau tak ada buah tin dan kurma takpa, aprikot pun ok.

 CARA MEMASAKNYA:

IKLAN
  1.  Sapukan roti dengan mentega, sebelah bahagian roti sahaja.
  2. Potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.
  3.  Masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.
  4.  Susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.
  5.  Di dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.
  6.  Kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. biarkan roti kembang sekejap.
  7.  Masukkan adunan ke dalam pengukus. kukus dalam api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.

Keistimewaan : Boleh dimakan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais). Sedap dihidangkan dengan aiskrim vanilla atau sirap strawberi.

Saiz hidangan : 2 orang

Teknik memasak: kukus

2. UMM ALI (dibakar)

IKLAN
Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Sedap Makan Petang Nanti…
Foto :yaayakitchen

BAHAN-BAHAN :

  • 6 keping roti | disiat-siat
  • 900 ml susu cair
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu makan kismis
  • 3 sudu mkan hirisan badam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 /2 batang kulit kayu manis

CARA MEMASAK

1.Siat-siatkan roti tawar, ratkan di pinggan/loyang, taburkan kismis, kekacang, dan serbuk kayu manis.

2. Panaskan susu + gula pasir+ batang kayu manis hingga  gula larut, tidak perlu sampai mendidih. 

3. Tuang larutan gula susu ke atas roti sampai rata, buang batang kayumanisnya. 

IKLAN

4. Bakar dalam oven hingga nampak keperangan.

5. Boleh dinikmati panas atau sejuk..

Perkongsian resipi Umm Ali  dari Yaayakitchen dari laman cookpad.com.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI