Apam Bakar Simple & Mudah Untuk Sarapan. Makan Macam Tu Pun Sedap!

Share

Apam bakar resepi tradisi yang mudah untuk disediakan. Makan kosong tanpa tapai, ragi atau pisang pun sedap tapi kalau nak lebih flavor boleh juga tambah bahan-bahan seperti yang disebutkan tadi. Syahida Mohd Azmi berkongsi resepi turun-temurun keluarganya untuk sarapan pagi. Tak cukup satu kalau makan ramai-ramai!

Resepi Apam Bakar

BAHAN-BAHAN:

2 Cawan Tepung beras

1 Cawan Tepung gandum

Yis – 1 ½ sudu besar / nak guna setengah paket pun boleh (paket yang 11g)

Air suam – 1½ cawan

2 sudu besar gula

Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan kecuali air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak terlalu cair tak terlalu pekat.
  3. Perap selama 30 minit.
  4. Goreng guna kuali ‘non stick’, api kecil dan tutup penutup dia macam dalam gambar.

Boleh dimakan bersama nyiur. (Kelapa parut tu gaul-gaul dengan sedikit garam)

Tips:

  1. Nak bagi lebih lembut dan sedap, kena tambah pisang lecek 2,3 biji.
  2. Lagi lama perap, lagi sedap.

Kredit: Syahida Mohd Azmi

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN