Sapu Marjerin & Guna Api Kecil. Petua Masak Lempeng Tak Lekat Di Kuali

Share

Ada yang tertanya-tanya, macam mana nak masak lempeng yang sedap dan tak melekat. Ada petua ke? Masa dahulu jika waktu-waktu pagi, lempeng antara menu sarapan popular yang mudah dimasak. Ringkas sahaja tetapi rasanya sedap bukan main. Ada yang nipis, ada yang tebal. Elok je hasilnya. Makan panas-panas memang membuka selera. Terasa nak makan Lempeng? Jom cuba resipi perkongsian saudari Misza Manap

ni. Beliau juga kongsi cara beliau masak lempeng tanpa lekat di kuali. Wow… Jom cuba. Cicah dengan Sambal Sardin, sedap ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI LEMPENG SEDAP & PETUA UNTUK ELAK LEKAT KETIKA DIMASAK

BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum beli online disini
2 biji telur gred C
1 sudu teh garam beli online disini
2 sudu makan marjerin Pelangi beli online disini
Air secukupnya – cairnya seperti membuat kuih ketayap

CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas bersesuainya, satukan tepung gandum, telur, garam dan marjerin. Sebatikan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit dan adun lagi hingga dapat bancuhan seakan adunan kuih ketayap.


3. Petua lempeng tidak melekat di kuali adalah, tambah marjerin dalam adunan. Bila sudah letak marjerin, tidak perlu sapu minyak pada kuali ketika memasak. Adunan tidak melekat.

4. Masak lempeng guna kuali kecil dan menggunakan api kecil sahaja. Angkat dan nikmati bersama aneka sambal pilihan.

Kredit resipi & foto: Misza Manap

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN