Baki santan kotak biasanya kita simpan dalam freezer atau chiller. Tapi selalu berlaku bila simpan dan nak guna semula selepas beberapa hari, santan jadi berketul-ketul setelah dinyahbekukan. Bila dah masak gulai pun jadi tak cantik.
Untuk elak santan kotak jadi berketul begini boleh praktikkan petua yang dikongsi oleh Wan Norhasni Wan Han.
Berkongsi tip dalam akaun TikTok miliknya kata beliau cara untuk pastikan santan berketul ini elok semula mudah saja. Caranya;
Ads
Ambil santan yang sudah cair dan berketul itu lalu masukkan dalam blender.
2. Tambahkan air panas dan kisar seketika.
3. Keluarkan dan santan akan cair elok tak berketul lagi. Mudah kan!
Kegunaan blender sangatlah penting di ruang dapur. Manakan tidak segala macam masakan banyak menggunakan alat ini untuk memudahkan kerja mengisar dan sebagainya. Jadi perlu sayang dengannya sebab ia bantu jimatkan masa anda di dapur. Jaganya dengan baik maka hayat penggunaannya pun lama. Boleh praktik cara ini untuk manfaat bersama.
Cara pasang semua bahagian blender pastikan betul Setiap kali mahu menggunakan alat ini, pastikan pasang semua bahagian dengan betul. Dalam kebanyakan kes, jika blender dipasang tidak betul, maka cara bekerjanya juga terganggu. Malah kadang kala,beberapa bahagian yang longgar akan terlempar keluar sehingga boleh merosakkan blender.
Kerja menghaluskan hanya untuk bahan yang tepat Walaupun anda memiliki blender yang dikatakan “boleh menghaluskan semua”, yang sebaiknya adalah menggunakan blender sesuai dengan tujuan. Jika anda menggunakan blender untuk membuat bubur kertas atau benda lain bukan makanan, maka gunakan jenis blender berbeza. Jadi bila blender rosak, kerja memasak jadi lambat.
Buat sedikit demi sedikit Jika hasil blender anda tidak baik, bagi makanan menjadi beberapa bahagian dan blender sedikit demi sedikit. Jika anda terus menghaluskan terlalu banyak makanan, ibarat anda memaksa diri mengunyah makanan dalam jumlah banyak di mulut.
Pilih tombol kisaran yang sesuai Pilih tahap kisaran yang sesuai untuk menghaluskan atau mencampurkan beberapa bahan makanan di dalam blender. Jangan memaksa blender bekerja laju tanpa henti. Kelak hayatnya tidak lama.
Selalu bersihkan setelah digunakan Keluarkan sisa makanan dari dalam blender, tuangkan air dan sabun atau cuka, kemudian hidupkan blender beberapa saat. Dasar blender adalah bahagian yang bersambung dengan elektrik, jadi tidak boleh terendam air.
Longgarkan pisau blender sekali sekala untuk membersihkannya lebih dalam. Sebenarnya, ini tidak perlu dilakukan setiap kali dibersihkan, cukup sesekali. Setelah dibersihkan, lap dengan kain lembut.
Berhati-hatilah jangan sampai pisau blender melukai tangan anda. Pastikan blender betul-betul kering, dan sambung kembali bahagian-bahagiannya, Pastikan pisaunya juga dipasang dengan betul.
INGIN MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jika selama ini kita hanya buang uncang teh selepas menggunakannya, tetapi sebenarnya uncang teh tersebut boleh digunakan untuk menanam benih cili. Hasilnya, cili anda akan cepat tumbuh dan tampak cantik. Jom kita baca perkongsian oleh Armanshah Mohamad Tahir ini. Sesuai untuk anda yang suka bercucuk tanam.
1. Saya menggunakan uncang teh yang sudah digunakan daripada buang begitu sahaja. Daun teh boleh dijadikan medium dan baja pada anak benih cili.
2. Caranya, anda perlu letak sedikit air dalam uncang teh yang telah dibuka supaya lembap. Serbuk teh cepat kering jika panas. Selain itu, ia juga memudahkan benih untuk bercambah.
3. Jika dah ditanam, boleh guna air basuhan beras daripada buang dalam sinki. Malah, pokok akan jadi lebih subur dan cepat berbunga.
4. Saya juga gunakan baja kopi, dari sisa kopi asli iaitu kopi kasar atau campuran baja yang berbau kopi. Beli di Eco Shop sahaja.
Nah, inilah hasilnya:
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Bagi peminat sambal, ikan bilis adalah salah satu bahan utama untuk membuat sambal. Senang cakap, kalau ada bawang, cili dan ikan bilis, dah cukup nak buat sepiring sambal sebagai pelengkap dalam hidangan.
Namun pernah tak korang masak sambal tapi ikan bilis dalam sambal tu liat? Apabila ikan bilis jadi liat selepas dimasak, memang akan menyebabkan selera terbantut. Ikan bilis yang sedap adalah yang rapuh dan rangup apabila dimasak. Kalau liat atau keras, alahai, selera menjadi berkurangan.
Melalui seorang pengguna facebook, Abu Dhiya yang juga pemilik kepada Sambal Bilis Rangup 3 Rasa, beliau memberikan sedikit tip untuk membuat sambal bilis yang tidak liat. Tip ini mudah dan sangat berguna bagi korang yang juga peminat sambal.
Kata Abu Dhiya yang menggunakan gelaran Abam Sambal, tip untuk dapatkan ikan bilis lebih sedap dan tidak liat adalah seperti berikut.
Kalau nak sambal ikan bilis lebih sedap, ikan bilis tu kena kering ketika dimasak. Jadi, lepas basuh, biarkan airnya betul-betul tos dulu. Kalau masak time ikan bilis tu basah, nanti ikan bilis tu liat.
Jadi, lepas ni kalau nak masak sambal, jangan masak ketika ikan bilis tu basah. Pastikan ikan bilis kering barulah dimasak ya. Selamat mencuba!
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.